Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 9, 2023 @ 1:32pm

“Bohonglah Kalau Saya Tak Kecewa” – Yusof Haslam Terkilan, Harap Syamsul Lebih Bertanggungjawab

Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam terkilan selepas mendengar pendedahan yang dibuat oleh anaknya, Syamsul Yusof yang telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, Jumaat lalu.

Menurut Yusof, dia agak ralat dengan tindakan anaknya itu yang tidak berterus-terang sejak awal dan membiarkan isu ini berlarutan selama empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Namun, Yusof juga menyatakan dia terpaksa akur dengan keputusan Syamsul dan mendoakan yang terbaik buat anaknya.

“Kita hanya boleh mendoakan. Tapi yang menentukan segala-galanya adalah takdir dan empunya diri. Apa-apa sekali pun mereka dah bernikah.

“Tapi dalam masa yang sama sebagai manusia, Datin (Datin Patimah Ismail) merasai kepahitan yang dilalui oleh Puteri Sarah kerana dia seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, penerbit itu juga menyatakan dia tidak dapat berkata apa-apa kerana dia sayang dengan anaknya, Syamsul, Puteri Sarah serta cucunya, Syaikhul dan Sumayyah kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

“Tapi apakan daya kalau itu takdirnya, saya tak boleh komen lebih-lebih kerana perlu menjaga hati menantu, besan dan isteri saya,” katanya.

Selain itu, Yusof juga sempat meluahkan rasa kecewa dan sebak dengan tindakan anaknya yang tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya bersama Ira terlebih dahulu.

Malah, dia juga berharap Syamsul dapat memberikan penjelasan dan bertanggungjawab atas isu yang berlaku agar masalah tersebut tidak berpanjangan.

“Bohonglah kalau saya kata saya tak kecewa. Tapi perasaan saya dan luahan hati saya mungkin tidak sama dengan Datin. Ibunya rasa sedih, mungkin rasa marah sedikit sebab dia membesar dengan Datin. Kita doakan yang baik-baiklah.

“Kalau timbul permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan yang sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

“Jika ditakdirkan mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia.

“Tanggungjawab seorang suami bukan semata-mata kita bagi duit sahaja, banyak aspek lain. Saya harap Syamsul, Sarah, saya dan isteri move on, kita harus memandang terus ke depan, tak boleh toleh ke belakang,” jelasnya.

Tidak mampu menahan rasa sebak, Yusof juga berpesan agar Syamsul dapat memainkan peranannya sebagai seorang suami dengan baik.

“Sesuatu yang dah berlaku kita dah tak boleh patah balik kita harus terima soal qada dan qadar. Saya sebagai seorang ayah saya sentiasa doakan yang terbaik.

“Syamsul, saya harap lebih bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan suatu perkara yang mudah. Hidup ini satu perjuangan sebenarnya. Perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, isteri, jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Kalau kita buat silap, kita harus mengaku kesilapan kita. Jangan menyimpan rahsia. Kita tak boleh ada perasaan pentingkan diri dan menganggap isteri perlu dengar cakap kita 100 peratus kerana mereka bukan robot.

“Kalau ada perasaan tanggungjawab sayangkan isteri, bertolak ansur, Insya-Allah rumah tangga kita akan kekal. Itu sahaja pesanan saya kepada Syamsul, saya doakan yang terbaik. Apa yang saya luahkan ini dari isi hati saya yang saya mahu melihat kebahagiaan anak-anak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulang Ke Rumah Agar Dapat Bincang, Tak Perlu Hebah Di Media Sosial” – Selamat Bernikah Dengan Ira Kazar, Ini Pesanan Syamsul Yusof Kepada Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Berita Pernikahan Dengan Ira Kazar Jadi Bualan, Ini Harapan Ibu Syamsul Yusof Untuk Puteri Sarah – “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jun 2025

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

Trending Thu, 1 Jul 2021
Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Rosyam Nor Terkejut Pasaraya Terima Sambutan Luar Biasa

Jangan risau, Hero Malaya ni takkan bersara dari dunia lakonan pun!

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Empty Page Kembali Dengan Single Terbaru ‘Menyesal’

Single Menyesal mengangkat tema emosi yang lahir daripada sikap dan keputusan orang lain.

Featured Tue, 18 Nov 2025

Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”

Mekyun berkata, tindakan itu sebagai mentaliti lapuk dan merendahkan martabat wanita.

Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR

error: Content is protected !!