Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 12, 2018 @ 10:00am

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Melancong sambil bekerja… fuuh, best betul. Ini boleh dikira sebagai “dream job” bagi mana-mana jurugambar profesional.

Dia bukan saja dapat berjalan-jalan dengan percuma, tapi dia juga boleh mengambil peluang ini untuk menangkap syot-syot menarik di sepanjang pengalamannya.

Peluang ini muncul apabila sebuah keluarga (namanya dirahsiakan) telah mengiklankan sebuah pencarian untuk seorang jurugambar lifestyle yang boleh mengikuti mereka kelilingi dunia dan merakam percutian mereka dalam bentuk foto.

Permintaan ini dikongsikan dalam platform Perflocal yang memadankan pengguna dengan jurugambar profesional. Gaji tahunannya boleh mencecah £80,000 (RM420,700)!

Bukan itu saja! Semua perbelanjaan – untuk penerbangan, duit makan dan penginapan – akan dibayar oleh keluarga tersebut. Faedahnya termasuklah pembayaran gaji ketika cuti sakit dan cuti untuk 30 hari. Wah, untungnya!

Foto: Amber Langerud Photography

Tugasan ini akan bermula pada bulan Februari dan iklan ini menggambarkannya sebagai “peluang hebat” dan “komitmen besar”.

Jurugambar ini akan perlu bekerja sehingga 10 jam sehari. Calon yang terbaik perlulah fleksibel, iaitu boleh ke luar negara pada bila-bila masa dan melancong hampir sepanjang tahun. Kadangkala dia akan boleh pulang untuk beberapa hari saja pada satu masa.

“Ada potensi untuk melancong sehingga selama 3 bulan pada satu masa, dan kami akan melawati destinasi-destinasi di Eropah, Amerika, Amerika Selatan dan Australia di mana kami memiliki rumah percutian dan lain-lain residensi,” kata iklan ini.

Kayanya! Keluarga mana ni? Katanya mereka ini ingin rahsiakan namanya buat masa ini kerana jawatan si bapanya adalah berprofil tinggi. Wooo!

“Jurugambar ini akan mengikut kami ke acara-acara seperti Formula One Grand Prix di Monaco dan Abu Dhabi, Mardi Gras di New Orleans, karnival di Rio de Janeiro serta menyelam di Maldives dan meluncur ski di Val d’Isère.”

Foto: jannoon028/Shutterstock

Seronok, kan? Anda rasa anda sesuai untuk pekerjaan ini?

Malangnya, kalau setakat tangkap gambar untuk Instagram saja, anda tak layak langsung. Iklan ini secara khususnya mencari calon yang mempunyai pengalaman dalam menangkap gambar “lifestyle shots” untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Nanti akan ada juga pemeriksaan latar belakang yang ketat bagi mereka yang disenarai pendek.

Para pemohon yang menepati kriteria dan lulus pemeriksaan ini akan dijemput untuk menghadiri sesi temu ramah pada hujung minggu bagi mereka bergaul dengan ahli keluarga dan memastikan jika ada “chemistry” di antara mereka.

Kontrak ini bertahan selama 12 bulan pada mulanya, dengan potensi untuk dilanjutkan jika calon yang sesuai telah dijumpai.

Fuhlamak, siapa tak nak peluang keemasan macam ini? Jika anda rasa anda layak, silalah cuba nasib! Layari laman web ini untuk keterangan lanjut.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Featured Wed, 4 Aug 2021

“Saya Dah Tak Ada Kaitan Dengan Dhabitah” – Azhar Apandi

Sejak namanya menjadi sebutan di Sukan Tokyo Olimpik, personaliti manis dan menawan yang dimiliki penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menjadi tumpuan ramai justeru tidak hairan sekiranya kehidupan peribadi gadis berusia  22 tahun itu menarik minat […]

Featured Wed, 12 Jul 2023
Featured Wed, 20 May 2020
Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

error: Content is protected !!