Featured By: Ad Ops June 28, 2019 @ 12:00pm

Muda lagi tapi dah beruban? Ini mungkin sebabnya

Semua orang pasti akan melalui hari-hari tua mereka. Bagi anda yang mahu ‘kekal muda remaja,’ terimalah hakikat yang mana tiada siapa boleh melawan masa.

Antara ciri yang sering dikaitkan dengan usia tua ialah rambut mula beruban. Folikel rambut di bawah kulit kepala kita juga melalui proses penuaan.

Semakin tua usia kita, semakin kurang jumlah melanin (pigmen yang memberikan warna kepada rambut asli kita) yang dihasilkan oleh folikel berkenaan. Hasilnya ialah rambut yang berwarna putih atau kelabu.

Bukan semua orang melalui proses ini pada waktu yang sama. Saintis belum lagi mampu mencari penjelasan, tetapi satu persetujuan sebulat suara telah dicapai: genetik ialah faktor terbesar yang mempercepatkan masalah rambut beruban berbanding faktor lain. 

‘Kelajuan’ ini bergantung kepada bangsa. Kebiasaannya, bangsa Caucasian (orang putih) mula beruban ketika berumur di pertengahan 30-an; orang Asia di penghujung 30-an; manakala orang berkulit hitam mula beruban di usia pertengahan 40-an.
 

Menurut WebMD, lebih setengah daripada semua orang mempunyai uban yang banyak sebelum mereka mencecah usia 50 tahun. 

Bagaimanapun, bagi sesetengah individu, proses penuaan folikel rambut mereka berlaku lebih awal daripada orang lain.

 
Itu sebabnya jika anda perasan, ada anak-anak muda yang masih di awal usia  20-an tetapi sudah beruban. 
Kebanyakan kes ini disebabkan oleh faktor genetik tetapi ada lagi faktor lain yang dikaitkan dengan gaya hidup dan tabiat.

Di bawah ini ialah 4 faktor utama rambut anda mula beruban lebih awal daripada yang disangka.

1. Masalah kesihatan

Penyakit autoimun akan menyerang sel-sel dalam badan, termasuklah folikel rambut yang membolehkan rambut anda beruban secara pramatang.

Selain itu, ada juga penyebab lain yang berkaitan dengan kesihatan. Menurut WebMD, “kekurangan vitamin B12 atau masalah yang melibatkan kelenjar pituitari atau tiroid boleh menyebabkan penuaan pramatang.”

Tetapi jika diubati, kesan fizikal masalah ini (termasuklah rambut beruban) boleh diatasi.

Walau bagaimanapun, rambut beruban pramatang yang disebabkan oleh masalah kesihatan dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku.

Foto: Mother Nature Network

2. Tabiat merokok

Ya, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan paru-paru, tetapi juga rambut!

Menurut seorang pakar kulit, merokok ialah salah satu perkara paling teruk yang anda lakukan terhadap kulit dan rambut anda.

“Anda mungkin tidak boleh nampak kedutan di kulit kepala anda, tetapi ia masih memberi kesan kepada folikel rambut anda.”

Bagaimanapun, impaknya tidaklah sekuat impak yang disebabkan oleh masalah genetik. Jika rambut beruban pramatang bukannya sesuatu yang disebabkan oleh keturunan keluarga anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Nilai kesihatan tiroid dan kadar vitamin dalam badan serta periksa sama ada anda mengalami penyakit anemia (kekurangan sel darah merah atau hemoglobin) atau tidak.

3. Stres yang kronik

Topik ini sering diperdebatkan, tetapi sesetengah kajian telah menjumpai kaitan di antara tekanan dan rambut beruban.

Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh pakar biologi sel di Universiti New York, penyelidik mendapati terdapat pengurangan folikel rambut menerusi sel stem tikus yang diletakkan di dalam keadaan yang tertekan.

Hakikatnya tidak banyak kajian mengenai kaitan di antara stres dan rambut beruban pramatang yang sudah dilakukan. Namun begitu, terdapat banyak bukti anekdot yang mencadangkan adanya kaitan yang kuat.

4. Kekurangan vitamin

Seperti yang disebutkan di atas, kekurangan vitamin B12 boleh mempercepatkan proses rambut beruban. Individu yang mengamalkan diet vegetarian dan vegan juga berisiko lebih tinggi disebabkan oleh kekangan pengambilan makanan mereka.

Mereka yang mengambil pil pencegah kehamilan dan mereka yang ada masalah pencernaan atau gastrointestinal juga lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut beruban pramatang.

Jika anda mengalami rambut beruban di usia muda dan tidak memakai tudung, anda tidak perlu segan silu. Ramai orang di serata dunia yang melalui situasi ini sudahpun menerima kenyataan.

Daripada mewarnakan rambut mereka, mereka memilih untuk mengambil kesempatan ini untuk bergaya seadanya. Salah seorang daripada mereka ialah wanita di bawah ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“I found this amazing online community after reading the recent BBC article about it—and I am so glad I did! I remember a friend finding my first grey hair at 13—now half a life ago—and I had no idea what an impact it would come to have on my sense of self. People often tell me how much they love that I don’t dye my evermore greying hair, but it was more a passive acceptance than a proactive choice. Now as I reach further into my late twenties it feels more like a choice, but one made along with thousands of other women. A friend snapped this picture while hiking up a mountain in Wales a few days ago—and I thought I’d send it in. Thank you so much for this incredible community you’ve built!” @alexastevens #grombre #gogrombre

A post shared by Going grey with (grohm)(bray) (@grombre) on

Contohilah dia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Feb 2024
Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Featured Tue, 18 Jun 2024
Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Featured Fri, 19 Jan 2018

Dilema Cinta Suami Orang

Amaran buat mereka yang sedang bercinta dengan suami orang atau mungkin menjadi mangsa panahan cinta lelaki beristeri. Semak list di bawah untuk membuatkan anda sedar sudah tiba masanya untuk angkat kaki dalam perhubungan cinta yang mendapat kecaman ramai ini.