Featured By: Ad Ops January 19, 2018 @ 10:41am

Dilema Cinta Suami Orang

Amaran buat mereka yang sedang bercinta dengan suami orang atau mungkin menjadi mangsa panahan cinta lelaki beristeri.

Semak list di bawah untuk membuatkan anda sedar sudah tiba masanya untuk angkat kaki dalam perhubungan cinta yang mendapat kecaman ramai ini.

1) Perosak Rumah Tangga

Sebagai wanita, anda seharusnya lebih memahami perasaan jantina sejenis anda. Dengan menjalin hubungan dengan suami orang, menunjukkan anda tidak menghormati hak wanita lain.

Bayangkan jika hak anda diganggu wanita lain? Ingat, jika hari ini anda mengambil hak orang lain, tak mustahil hak anda pula dirampas suatu hari nanti.

2) Penuh Kepalsuan

Cinta yang dibaluti kepalsuan tidak akan terasa nikmat kebahagiaannya. Sikap sang suami yang suka berbohong terhadap isterinya ketika bersama anda sudah membuktikan dia tidak jujur dan penipu. Jika dia boleh tipu isterinya, apatah lagi dengan anda.

3) Cenderung Ditinggalkan

Bila bosan dan perlu meluahkan masalah, si dia mencari anda. Namun, ketika dia bahagia bersama keluarganya, anda tidak dilayan dan ditinggalkan.

4) Tersepit Rasa Bersalah

Anda tersepit dalam situasi yang sukar. Anda cintakan dia, tapi anda juga memikirkan perasaan isterinya. Hati anda tidak tenteram dan terus diselubungi rasa bersalah kerana membina kebahagiaan atas derita orang lain.

Antara dilema lain bercinta dengan suami orang ialah hubungan terbatas, makan hati, si dia tidak berani membuat sebarang komitmen, hilang keyakinan diri dan banyak lagi. Ya, memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, tapi renungkan, tepuk dada, tanya hati!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Featured Mon, 31 May 2021

Moratorium 3 Bulan Untuk Golongan B40 Bermula Jun – Perdana Menteri

Menerusi perutusan khas Pengumuman Bantuan PKP 3.0, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh moratorium untuk golongan B40 akan dilanjutkan selama tiga bulan. Tambah beliau lagi, mereka yang terjejas juga boleh memilih untuk mendapatkan […]

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Featured Mon, 4 Jun 2018

Baju Melayu Zebra Dikritik, Amir Kadir Berterima Kasih Kepada Netizen Bikin Bajunya Laku

Biasalah, bila dikecam, mestilah dia mendapat perhatian ramai.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 23 Mar 2018

Resepi Mudah Kek Batik Cheese. Sedap Tak Terkata

Siapa penggemar kek batik sila angkat tangan! Kek batik antara pencuci mulut yang paling mudah dibuat dan sedap pulak tu! Kek yang dibanjiri dengan coklat memang enak dimakan bersama orang-orang tersayang.