Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 5:36pm

Tertarik Dengan Mesej Dalam Lagu,  Siti Nurhaliza Teruja Nyanyi OST Filem Anwar: The Untold Story – “Terbayang Kesetiaan & Pengorbanan Dr. Wan Azizah…”

Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto menerusi lagu Menjaga Cintamu tercapai sekaligus berasa teruja apabila dapat menyanyikan lagu runut bunyi (OST)  bagi filem Anwar: The Untold Story.

Menurut Siti, dia sudah lama menunggu untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi sekaligus menganggap peluang yang diberikan ini sangat bermakna buat dirinya.

“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.

“Sejujurnya, saya sudah lama menyimpan hasrat bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi. Jadi, peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan sangat bermakna.

“Saya jarang menolak menyanyikan lagu OST. Apabila wakil penerbit datang berbincang dengan pengurusan, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini danperbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun sekadar menyanyikan lagu, namun dia mengaku karya ini menggambarkan tentang pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri yang ditunjukkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya terima tawaran menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini. Ia bukan hanya gambaran kesetiaan Dr Wan Azizah, tetapi secara amnya, untuk wanita yang setia mencintai pasangan.

“Saya amat tertarik dengan mesej dalam lagu ini. Saya faham lirik lagu Menjaga Cintamu ini lebih kepada pengorbanan seorang isteri dan cinta yang tiada tolok bandingan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti juga mengaku turut berdepan cabaran ketika menyanyikan lagu OST ini memandangkan keadaannya yang baru sahaja pulih dari Covid-19.

“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja bersama Andi dan menyanyikan pula lagu ciptaan dari komposer hebat sepertinya.

“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk nyanyi lagu Menjaga Cintamu kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan dijangkiti Covid-19.

“Saya bersyukur sering menyanyikan lagu-lagu komposer Indonesia. Jadi, sedikit sebanyak saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik, begitu juga Andi.

“Saya merakamkan lagu Menjaga Cintamu selama sejam. Andi terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih.

“Namun, lagu Menjaga Cintamu memang mudah menyerap dalam hati, jadi saya dapat menyanyikan dalam tempoh singkat,” ujarnya.

Filem Anwar: The Untold Story mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei depan.

Filem membabitkan kos sebanyak RM10 juta itu mengetengahkan kisah benar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Filem Anwar: The Untold Story menampilkan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa, Saskia Chadwick, Dewi Irawan, Piet Pagau, Felice Lovely Hidayat dan Azzahra Annasera dan ramai lagi.

Selain Malaysia, filem terbitan Bianglala Entertainment itu turut menjalani penggambaran di Indonesia.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Jun 2018

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bila anda dah kuasai semua tip ini, barulah boleh jadi Instafamous.

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Trending Thu, 16 Jan 2020
Trending Mon, 2 Sep 2019

Hanya Kerana Lahir Bayi Dalam Kapal Terbang, Boleh Terkandas?

Jadi jika ingin bercuti kenalah ambil langkah berjaga-jaga

Featured Tue, 25 Jun 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Alamak, harapnya Zain ok ja 🤣 10 years of marriage and still lovey dovey nah hampaa 🥰❤️

Featured Mon, 31 Oct 2022

Kembali Dengan Single Romantis, ‘Bahagia Milik Kita’ Notasi Indah Syamel

Penyanyi Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma. Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama

| Live TV

error: Content is protected !!