Categories: familuvFeatured

Nak Perkenalkan Makanan Lebih Pejal Kepada Bayi Anda? Cuba 11 Jenis Makanan Ini

Bila bayi anda semakin membesar, lambat-laun dia mesti diperkenalkan kepada makanan yang lebih keras, yang sesuai untuk usianya.

Sebelum itu, anda kena pastikan dulu sama ada dia dah bersedia atau tak. Selalunya selepas dia dah berumur dari 4 ke 6 bulan, dia dah boleh mula makan makanan pejal. Tapi kalau anda tak pasti, tengok dulu sama ada dia ada menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah ini:

  • Dia dah boleh duduk tegak dan angkat kepalanya
  • Dia bersifat ingin tahu, kerap pandang di sekelilingnya, terutamanya apa yang anda makan
  • Dia dah tak lagi menolak makanan keluar daripada mulutnya
  • Dia masih lapar walaupun dia dah minum sejumlah susu sehariannya (32 auns susu atau 8 ke 10 kali pemberian susu badan)

Kalau bayi anda dah bersedia, di bawah ini ada beberapa contoh makanan pejal yang anda boleh cuba berikan.

1. Kepingan pisang

2. Kepingan avokado

3. Isi ayam, dimasak dan diracik

Foto: bitesofflavor.com

4. Buah pic, dikupas dan dipotong kecil

5. Kacang pea, dimasak

6. Kacang lentil, dimasak

Foto: http://experimentalepicurean.com

7. Kepingan pasta, direbus

8. Kepingan lobak merah, dimasak

9. Tauhu lembut, dipotong kiub

Foto: legionathletics.com

10. Kepingan keju

11. Isi ikan rendah merkuri seperti tilapia, dimasak dan dipotong kecil

Foto: www.letscooksomefood.com

Tak perlu rush, ya! Ramai baby mula makan makanan solid ketika mereka berumur 5 atau 6 bulan. Yang pentingnya, jangan mula sebelum umurnya 4 bulan.

Sumber: Parenting.com, Parents.com

Ad Ops