Featured By: tex_admin October 25, 2019 @ 11:15am

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Oleh Amnan Hibrahim

Persoalan sama ada pengambilan vaksin wajar atau tidak, hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi dengan adanya gerakan antivaksin yang mendakwa pengambilan suntikan berkenaan hanya memudaratkan kesihatan seseorang.

Tidak kurang juga yang enggan mengambil vaksin berikutan penggunaan bahan syubhah yang diragui halal atau haram dalam penghasilan vaksin, sekali gus menyebabkan semakin ramai yang was-was untuk memberikan anak mereka suntikan imunisasi.

Bagi menjawab mengenai persoalan status halal dan keperluan untuk mengambil vaksin itu, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengambil inisiatif menganjurkan majlis Diskusi Isu-isu Syariah bertajuk ‘Vaksin Menurut Islam’ yang berlangsung di gedung ilmu itu, baru-baru ini.

Panel perbincangan itu membabitkan Prof Dr Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM); Prof Madya Dr Nurina Anuar (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM);  Muhammad Nazir Alias (Fakulti Pengajian Islam, UKM) dan Dr Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani (Fakulti Pengajian Islam, UKM) selaku moderator.

Diskusi berkenaan menggariskan empat pertimbangan bagi menangani isu berkenaan iaitu keperluan menghasilkan vaksin halal, dana untuk penyelidikan, mengambil kira keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dan pendekatan maqasid syariah.

1. Vaksin halal

Prof Madya Dr Nurina Anuar (dari kiri), Prof Dr Zhari Ismail, Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dan Muhammad Nazir Alias pada Diskusi Isu-Isu Syariah bertajuk ‘Vaksin Menurut Islam’ anjuran Fakulti Pengajian Islam UKM. Gambar NSTP/ROSELA ISMAIL

Dr Nurina berkata, antara isu utama dalam kalangan pengguna Islam mengenai pengambilan vaksin adalah penggunaan bahan yang dianggap syubhah dalam proses penghasilannya.

“Proses pembuatan vaksin kebanyakannya dihasilkan di Barat, justeru penggunaan bahan tidak menjadi isu bagi masyarakat di sana. Apa yang menjadi masalah bagi masyarakat Islam ialah bahan yang digunakan diperbuat daripada sumber meragukan khususnya daripada haiwan.

“Antaranya bahan yang digunakan untuk menghasilkan perumah sel, media pertumbuhan sel, enzim proteolitik, gelatin dan bahan-bahan lain. Walaupun terdapat potensi untuk menggunakan bahan alternatif yang halal untuk penghasilan vaksin, ianya masih pada peringkat kajian,” katanya ketika membentangkan ceramah bertajuk ‘Sejarah dan Perkembangan Teknologi Penghasilan Vaksin’ pada majlis itu.

Vaksin berfungsi sebagai persediaan biologi untuk membantu meningkatkan sistem kekebalan badan manusia daripada serangan patogen tertentu seperti bakteria, virus atau toksin dan diberikan melalui suntikan atau titisan dalam mulut.

Badan yang didedahkan dengan vaksin akan menghasilkan antibodi khusus untuk melawan serangan patogen, selain menghasilkan memori yang mampu memusnahkan atau menyingkir mikroorganisma yang memudaratkan kesihatan. 

Bagi kumpulan antivaksin, pembuatan vaksin yang dihasilkan daripada organisma mati atau hasil permurniannya daripada sumber protein, peptida, partikel serupa virus dan komponen virus atau bakteria turut menjadi alasan penolakan terhadap pengambilan vaksin.

2. Dana untuk penyelidikan

Dana diperlukan bagi melakukan penyelidikan untuk menghasilkan vaksin halal berikutan permintaan tinggi terhadap industri berkenaan. Gambar hiasan NSTP/NADIM BOKHARI

Bagi menangani masalah berkenaan, Dr Nurina berkata, menjadi tanggungjawab pelbagai pihak khususnya negara Islam untuk membangunkan teknologi pembuatan vaksin halal berikutan permintaan yang tinggi bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Islam.

Bagaimanapun, katanya, penyelidikan bagi menghasilkan vaksin daripada sumber yang halal memerlukan perbelanjaan tinggi dan kepakaran yang bersesuaian menyebabkan hasrat bagi melakukan penyelidikan berkenaan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Antara cabaran bagi membangunkan teknologi pembuatan vaksin halal adalah dana. Ketika ini, bahan seperti perumah sel yang bermutu dan sesuai digunakan dalam penghasilan vaksin diperbuat daripada ginjal anjing, justeru penyelidikan perlu dilakukan bagi mencari bahan alternatif daripada sumber yang halal dan mempunyai mutu yang sama.

“Oleh itu, industri vaksin halal amat memerlukan pertambahan sokongan dari segi dana dan juga kepakaran bagi menghasilkan vaksin yang halal,” katanya.

3. Keputusan Jawatankuasa Fatwa

Sementara itu, Prof Zhari yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata, persepsi masyarakat terhadap definisi halal antara punca kekeliruan dalam kalangan masyarakat meskipun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menetapkan pengambilan vaksin adalah harus dengan niat untuk mencegah penyakit yang memudaratkan.

“Perkembangan vaksin halal di Malaysia sudah lama dipelopori institusi pendidikan khususnya USM. Proses halal bermaksud penghasilan sesuatu produk itu daripada sumber hinga ke akhir adalah halal.

“Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti penghasilan vaksin yang menggunakan sumber najis ini lazimnya sudah menjalani proses istihalah, umpamanya melalui proses penyulingan atau penapisan dan akhirnya hilang unsur najis itu,” katanya.

Istihalah bermaksud bahan yang berasal daripada sumber najis tetapi dirawat dengan bahan kimia ataupun dicampur dengan bahan lain yang menukarnya kepada ciri bahan yang diharuskan penggunaannya dan mempunyai kesan yang bermanfaat.

Pada peringkat antarabangsa, Dar ifta’ Mesir umpamanya menetapkan pengambilan vaksin harus untuk mencegah kecacatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan turut disokong International Islamic Fiqh Academy yang menyatakan pengambilan vaksin itu harus dan digalakkan terutamanya untuk kanak-kanak.

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia turut mengeluarkan fatwa mengenai vaksin berikut:

1. Tahun 1998 

  • Vaksin Rubella adalah harus kerana tidak najis
  • Vaksin Hepatitis B adalah tidak najis dan diharuskan

2. Tahun 2002

  • Vaksin Meningococcal Meningitis Rubella adalah harus kerana tidak najis

3. Tahun 2008 

  • Vaksin Biothrax dan vaksin Rotateq tidak harus kerana mengandungi najis

4. Tahun 2010 

  • Vaksin Human Papilloma Vitrus (HPV) adalah tidak najis dan harus

5. Tahun 2013 

  • Vaksin Meningitis Menveo adalah diharuskan

6. Tahun 2014 

  • Vaksin Meningitis Monumen adalah harus kerana tidak najis

7. Tahun 2015

  • Vaksin Menactra adalah harus kerana tidak najis

4. Pendekatan maqasid syariah

Bagi merungkai persoalan status halal dan keperluan untuk menggunakan vaksin, Nazir berkata, pendekatan menggunakan ilmu maqasid syariah boleh digunakan dalam pertimbangan kesesuaian pengambilan vaksin.

Muhammad Nazir Alias pada ketika menjawab soalan daripada peserta pada Diskusi Isu-Isu Syariah bertajuk ‘Vaksin Menurut Islam’ anjuran Fakulti Pengajian Islam . NSTP/ROSELA ISMAIL.

Beliau berkata, maqasid syariah merupakan prinsip ilmu yang mengkaji tujuan sesebuah syariat Islam itu diamalkan membabitkan objektif yang ingin dicapai oleh syariah di sebalik peraturan yang ditetapkan. 

“Berdasarkan kerangka maqasid syariah, penggunaan vaksin bagi pencegahan terhadap beberapa jenis penyakit yang boleh membunuh ternyata menepati garis panduan yang ditetapkan oleh sistem ilmu terbabit.

“Sebagai contoh, daripada Anas bin Malik berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah pernah membenarkan sekumpulan lelaki dari Uraynah yang merasa tidak sihat di Madinah untuk meminum susu serta air kencing daripada unta zakat. Hal ini menunjukkan bagaimana sesuatu perkara itu dibolehkan oleh syariat bagi mengelakkan daripada kejadian yang lebih memudaratkan,” katanya ketika membentangkan tajuk Penggunaan Vaksin Menurut Maqasid Syariah.

Imam As-Syatibi, pengasas ilmu Maqasid Syariah menggariskan lima perkara yang menjadi asas pada perlaksanaan syariat dalam Islam, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dari sudut keperluan nyawa, kedudukan najis menurut pertimbangan maqasid syariah yang membolehkan penggunaan vaksin disandarkan kepada tahsiniyyat (pelengkap) iaitu perkara yang menambah kualiti dan keselesaan hidup; hajiyyat (keperluan) yang bermaksud perkara yang jika tiada, akan menyusahkan kehidupan dan daruriyyat (asas) iaitu perkara yang jika tiada, akan membinasakan kehidupan manusia.

Statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kes demam campak dalam kalangan bayi yang tiada imunisasi meningkat lebih 75.9 peratus pada tahun 2018 berbanding 2013. 

Apa yang lebih membimbangkan, KKM dalam rekod yang sama  pada tahun 2018 turut mencatatkan enam kematian demam campak, lima kematian difteria dan 19 kematian batuk kokol dengan semua kes tiada imunisasi.

Demam campak antara masalah kesihatan yang boleh dielakkan jik si kecil diberikan imunisasi. Gambar hiasan/Foto The Independent

Dalam hubungan ini, itu, Nazir berkata, pelbagai pihak seperti syarikat farmaseutikal dan penyelidik perlu bekerjasama bagi menghasilkan sumber bahan alternatif yang patuh syariah untuk digunakan dalam penghasilan vaksin. 

“Memandangkan kebolehan untuk menggunakan vaksin yang dihasilkan daripada sumber najis adalah berstatus sementara, kajian yang mendalam perlu dilakukan oleh pakar-pakar farmaseutikal Muslim bagi mencari bahan alternatif yang halal untuk digunakan dalam formulasi vaksin,” katanya.

Sehubungan itu, disimpulkan pengambilan vaksin boleh berlandaskan maqasid syariah dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam penghasilan vaksin seperti berikut:

  • Vaksin yang dihasilkan mestilah bertujuan untuk mencegah penyakit yang membawa risiko
  • Vaksin berkenaan terbukti selamat dan tidak memudaratkan
  • Tidak menggunakan media yang haram kecuali jika tiada alternatif, maka penggunaanya diharuskan sementara waktu menunggu kewujudan bahan daripada sumber yang halal
  • Penggunaan medium yang digunakan untuk formulasi vaksin yang haram perlulah bermula daripada tahap yang lebih rendah seperti najis mukhaffaffah, mutawasittah dan mughallazah jika tiada alternatif yang lain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Featured Wed, 1 Sep 2021

Bayaran BKC Dibayar Mulai 6 September, Semak Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang […]

Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Featured Thu, 3 Nov 2022

Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Epik sangat konsep EDM lagu Pudar & Hey Ladies! Min loveee! Karen banget Konsert Rossa 25 Shinning Years! Semoga ketemu lagi ya Teh Oca ❤️❤️

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

familuv Thu, 12 Jul 2018