Categories: FeaturedSihat

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Penggunaan herba dalam masakan bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak, akan tetapi memberi kepelbagaian citarasa kepada sesuatu menu itu.

Kebaikan herba lebih daripada itu sebenarnya, kerana ia juga digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional malah juga kini dalam rawatan moden.

Terdapat banyak kebaikan herba-herba yang mungkin anda tak tahu kerana kurangnya pengetahuan tentang khasiat dan kebaikkan di sebalik herba ini. Nak tahu apakah keistimewaannya, teruskan membawa artikel ini.

1. Kunyit – Digunakan untuk menurunkan berat badan

Foto: Klikdokter

Kunyit yang sering digunakan dalam masakan harian dipercayai mampu mengurangkan bengkak, melawan tanda awal penuaan, serta melawan jangkitan bakteria dalam badan. Malah kunyit juga dilaporkan mampu membantu untuk mengurangkan berat badan.

2. Bunga Cengkih – Hilangkan bau nafas

Foto: Kaki Sini

Dengan nama saintifiknya, Syzygium aromaticum, colves atau bunga cengkih sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan menghilangkan sakit gigi kerana ia bersifat antiseptik. Malah dalam perubatan di negara China, cengkih sering juga digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.

3. Kulit Kayu Manis – Melawan diabetes

Foto: Hello Sehat

Dikenali sebagai cinnamon, kulit kayu manis merupakan rempas ratus yang diambil daripada bahagian dalam kulit batang pokok jenis Cinnamomum. Penggunaan kulit kayu manis dalam masakan begitu meluas seperti dalam sup, kopi, malah turut digunakan sebagai bahan kecantikan.

Antara kebaikan kulit kayu manis adalah untuk membaiki tisu rosak, mengurangkan bengkak, sakit otot, kejang serta membantu gula rendah dalam darah.

4. Lada hitam – Berupaya mencerahkan kulit

Foto: StyleCraze

Lada hitam dilaporkan mampu bertindak sebagai exfoliant yang baik, di mana jika ditambahkan kepada skrub wajah, ia mampu membantu mengelupaskan kulit mati, merangsang sirkulasi dan membantu lebih banyak oksigen dan nutrisi ke kulit.

5. Temulawak – Melancarkan penghadaman dan masalah pencernaan

Foto: tribunnews

Sekali pandang atau berkali-kali pun, memang sukar untuk membezakan antara temulawak dan kunyit. So, bagaimana untuk mengesan perbezaan di antara kedua herba ini? 

Untuk pengetahuan anda, temulawak tidak mengeluarkan warna kuning sebagaimana kunyit dan ia juga jarang digunakan dalam masakan sebaliknya di makan sebagai ulam.  

Temulawak yang merupakan salah satu tanaman herba, mempunyai banyak manfaat seperti memelihara fungsi hati, mengurangkan radang pada sendi, merawat masalah pencernaan, membantu menurunkan lemak dalam darah dan juga membantu melawan kanser.

Sumber: sinar.my

Yanie Baharom