‘Jangan Campak Baju Dekat Lilin’, Maya Karin Kongsi Pengalaman Cemas

Pelakon Maya Karin berkongsi insiden cemas di Instagramnya selepas pakaiannya terbakar disambar api ketika diletakkan di sebuah bilik persalinan.

Katanya, dia sedar akan kejadian itu selepas kembali ke bilik untuk menukar semula pakaian berkenaan.

” Sekali tu I buat job mengacara. I kena cepat tukar baju dekat bilik persalinan sementara yang penganjur cuba buat secantiknya.

” Dia letak la bunga dan lilin. Bila habis kerja nak change baju balik macam ni la keadaanya. Lesson learnt, jangan campak baju dekat lilin,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen agar pelakon jelita ini lebih berhati-hati selepas ini. Nasib baik tak ada apa-apa buruk berlaku tau!

 

SGMS Faida