Featured By: Fadzlena Jafar May 28, 2020 @ 9:00am

Rekaan berilhamkan rama-rama, tampak pelik tetapi unik dan menawan

Minggu fesyen musim bunga/panas yang sepatutnya menghiasi pentas peragaan pada Mac dan April tahun ini dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuk di kota fesyen seperti Milan, Paris, New York dan London.

Berikutan penularan itu, kebanyakan pereka fesyen mengadakan pertunjukan fesyen maya yang dipancarkan secara digital ke seluruh dunia.

Antara yang himpunan yang mencuri tumpuan ialah himpunan busana anggun (haute couture) Farhad Re, yang diilhamkan daripada keindahan rama-rama menggunakan pelbagai warna terang.

Himpunan musim bunga/panas 2020 Farhad yang terlebih dulu mencipta nama sebagai penata gaya wanita terkemuka seperti Puteri Suraya, Ursula Andress dan Ivana Trump itu menampilkan pelbagai corak dan potongan unik yang mencipta ilusi fantasi dunia rama-rama.

Dalam perkongsiannya di laman sosial Instagram miliknya @farhadreofficial, pereka fesyen itu berkata, beliau menghasilkan rekaan fantasi berkenaan hanya untuk pertunjukan fesyen busana anggun yang lazimnya dijadikan pembuka pentas setiap minggu fesyen.

Hasilnya amat menarik, namun bagi menghasilkan corak yang berupa rama-rama, kumpulan kreatif Farhad menggunakan konsep lukisan tangan yang lebih tampak sempurna.

Meskipun namanya masih agak baru dalam dunia fesyen, Farhad kini disenaraikan antara pereka fesyen generasi baharu yang meningkat naik dalam bidang berkenaan berikutan pengunduran ramai pereka fesyen terkemuka sejak akhir-akhir ini.

Tidak hairanlah, pada 2018 Farhad yang dilahirkan dan dibesarkan di Rome mengambil keputusan untuk berpindah ke kota fesyen Paris bagi melebarkan sayapnya dalam kerjaya baharu sebagai pereka fesyen.

Ternyata kreativiti Farhad yang diterjemahkan dalam rekaan busana khusus untuk wanita mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar fesyen apabila sering mengadakan pertunjukan fesyen di kota fesyen dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap

Featured Sun, 31 May 2020

Kerak usus punca perut boroi, betul ke?

Ketahui punca perut boroi

Featured Fri, 24 Mar 2023

Hilang Banyak Tawaran Kerja, Dafi Dedah Pernah Pecahkan Tabung – “Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Lesap”

Nampak gah dan mewah, tapi dalam diam tiada siapa yang tahu kan.. Sabar ya Dafi! 💪🏻

Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018

Jenis Helaian Luar Yang Bagaimana Sesuai Untuk Bentuk Tubuh Anda, Jom Baca

Helaian luar jika digayakan dengan betul boleh memberi nilai tambah juga penyeri pada penampilan seseorang.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Featured Wed, 23 Nov 2022