Categories: Eat TravelFeatured

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda suka makan cream puff? Kalau suka kita boleh jadi geng! Kalau penulis makan sebiji cream puff ini memang tak cukup, memang berbiji-biji makan barulah puas! 

Rasanya yang sedap dan gebu membuatkan cream puff ini menjadi hidangan wajib untuk majlis-majlis kecil mahupun besar.

Jadi, apa kata anda belajar untuk membuatnya kerana selain dapat makan bersama seisi keluarga, anda juga menjana pendapatan dengan mengambil tempahan. Penulis gerenti, resipi yang dikongsikan ini memang sedap! Jom kita lihat video cara membuatnya:

Bahan-bahan yang diperlukan

Puff

  • 1 cawan air
  • 50 gram mentega
  • 2 gram garam dan gula
  • 75 gram tepung gandum
  • 2 biji telur (gred A)

Cream

  • 62 gram tepung kastard segera
  • Sedikit gula
  • 175 ml air panas

Cara membuatnya:

Cream

1. Panaskan air bersama mentega, garam dan gula di dalam pan. Kacau sehingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan tutup api.

3. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan putar menggunakan mixer.

4. Masukkan 2 biji telur dan putarkan sehingga adunan kembang.

5. Setelah itu masukkan ke dalam piping bag untuk membentuk doh puff.

6. Sediakan loyang dan piping adunan membentuk doh puff. (Rujuk video)

7. Bakar di dalam oven dengan suhu 200 darjah Celcius selama 15 minit. 

8. Angkat dan biarkan puff sejuk terlebih dahulu sebelum memasukkan cream.

Puff

1. Masukkan tepung kastard segera ke dalam mangkuk.

2. Tambahkan air dan sedikit gula. Kacau sehingga likat dan sekata.

3. Masukkan ke dalam piping bag.

Cara memasukkan cream di dalam puff

1. Apabila puff dah sejuk, gunting sedikit. (Rujuk video)

2. Kemudian, piping-kan cream ke dalam puff yang dah digunting tadi. (Rujuk video)

3. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan? Untuk lihat video resipi yang lain, anda boleh subscribe Youtube kami hijabnheels.

Selamat mencuba!

tex_admin