Eat Travel By: Ad Ops October 14, 2019 @ 7:48pm

Resipi mudah Panna Cotta Strawberi, gerenti lembut dan sedap!

Pernahkah anda menikmati Panna Cotta? Mungkin anda pernah merasainya, namun tidak mengetahui nama pencuci mulut yang berasal dari Itali itu. Panna Cotta bermaksud ‘krim yang dimasak’ dan ia merupakan sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada krim masakan dan gula gelatin.

Teksturnya sangat lembut seperti puding dan banyak disajikan di hotel atau restoran-restoran makanan Barat. Kini, anda tidak perlu lagi berbelanja besar untuk menikmati hidangan ini kerana anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

resipi panna cotta strawberi

Foto: Italian Food Forever

Bukan sahaja menjimatkan, malah cara membuat panna cotta juga sangat mudah. Memang puas untuk dinikmati seisi keluarga. Panna cotta selalunya dihidangkan dengan pelbagai jenis sos antaranya beri, coklat, karamel, kiwi, mangga, strawberi dan banyak lagi.

Berikut adalah resipi yang dikongsi di laman web Buat Orang Lapo. Resipi yang dikongsi menggunakan sos strawberi sebagai topping. Anda juga boleh menonton video di bawah untuk lebih mudah memahami kaedah penyediaannya.

Bahan panna cotta:

– 2 sudu besar air sejuk

– 1 sudu besar serbuk gelatin Halal (gelatin juga boleh digantikan dengan agar-agar tali atau agar-agar serbuk)

– 200 ml susu penuh krim

– 200 ml krim putar tenusu

– 50 gram gula

– 1 sudu besar esen Vanilla

Cara penyediaan panna cotta:

  1. Kacau gelatin bersama air sejuk dan biarkan ianya mengembang selama lebih kurang 10 minit.
  2. Kemudian masukkan susu, krim putar dan juga gula ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas dapur sehingga gula hancur.

Nota: Jangan biarkan sampai adunan mendidih.

  1. Setelah gula hancur, alihkan periuk daripada dapur. Masukkan esen vanilla dan kacau sebentar.
  2. Seterusnya, masukkan gelatin yang telah kembang tadi dan kacau sehingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas kecil yang sesuai.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya empat jam.

Bahan sos strawberi:

  • 200 gram strawberi
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara penyediaan:

  1. Masak strawberi bersama gula dan sedikit air di dalam periuk sehingga strawberi sedikit hancur dan menjadi pekat seperti sos.
  2. Sejukkan sos dan tuang ke atas panna cotta yang telah sejuk tadi.

Nota: Boleh tambah gula jika mahu lebih manis. Anda juga boleh menggunakan apa sahaja jenis buah kegemaran anda untuk dijadikan sos dan topping mengikut kepada citarasa dan kreativiti anda.

Panna cotta sangat sedap dihidangkan ketika sejuk. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2020

Tom patah hati, ini pengakhiran kisah Tom & Jerry yang ramai tidak tahu!

Pengarah siri animasi ini temui ajal Khamis lalu.

Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak […]

Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Featured Wed, 5 Feb 2020

Kurus sepantas kilat, senaman ini wajib cuba!

Turun lebih 4 kilogram dalam masa sebulan

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!