Eat Travel By: Ad Ops August 4, 2019 @ 12:05pm

Resipi Nasi Goreng Telur Masin, ‘ringkas’ tapi mengusik adrenalin rasa!

Nasi goreng merupakan hidangan yang cukup popular di kalangan ramai kerana penyediaannya yang sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas, hanya ‘campak-campak’, namun rasanya memang sedap dan mengenyangkan!

Kali ini, Hijab & Heels kongsikan resipi Nasi Goreng Telur Masin yang dikongsi pemilik D’Friends Cafe. Anda juga boleh tonton video  resipi ini di YouTube Hijab & Heels.

Nasi yang digoreng bersama mentega dan telur masin ini memberikan satu rasa lemak yang cukup rencahnya. Penyediaannya yang mudah dan ringkas, pasti membuka selera anda dan juga anak-anak. Berikut ialah resipi untuk Nasi Goreng Telur Masin.

Bahan:

Semangkuk nasi putih

Sebiji telur masin

Bawang putih

Cili padi

Minyak zaitun

Sekeping sosej

Sekeping salami ayam

Sos ikan

Mentega

Lada benggala

Penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.

2. Masukkan mentega diikuti telur. Kemudian kacau telur dan masukkan telur masin.

3. Seterusnya masukkan nasi, kepingan salami dan sosej. Kacau sehingga sebati.

4. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan lada benggala.

Nasi Goreng Telur Masin siap untuk dihidangkan, Jika anda sukakan kepedasan, anda boleh letakkan cili padi mengikut citarasa anda.  Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Thu, 1 Aug 2019

Figura Edisi Merdeka, Ogos 2019: Deskripsi Jiwa Merdeka Sarah Hildebrand

Tinggalkan kesedihan, beri fokus untuk perkukuhkan nama.

Featured Mon, 14 Mar 2022
Featured Sun, 2 Oct 2022