Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 9, 2020 @ 10:00am

Sambut ulang tahun kelahiran ke-47, ini rahsia Rozita Che Wan kekal awet muda

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan, perkara pertama yang terlintas pastinya kecantikan yang dimiliki figura jelita kelahiran Alor Setar, Kedah itu.  Memiliki gaya penampilan yang anggun menawan, pemilik nama Rozita binti Abu Bakar itu sentiasa menjadi idola dan perhatian ramai wanita yang mahu tampil cantik sepertinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My everything ???? . . @zainsaidin23 @ammareffendy @aniqezra @aaisyahdhiarana111 . . . . . #rozitachewan #cheta #rcw #9MAC #2020 #happybirthday #blessed

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Meskipun bergelar ibu kepada tiga cahaya mata, pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta itu kekal cantik menawan biarpun pada usia 47 tahun. Sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 9 Mac, Hijab & Heels kongsikan rutin kecantikan dan kesihatan yang diamalkan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aaisyah nk p jogging plk lah .. duk tunggu mummy warm up dah setengah haqi???? @aaisyahdhiarana111

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

1. Kesibukan sebagai selebriti membataskan Che Ta untuk melakukan aktiviti senaman, namun ia tidak menghalang Che Ta dalam menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Tampil dengan bentuk badan yang mantap, Che Ta akui salah satu perkara yang diamalkannya jika tidak mempunyai masa untuk bersenam adalah dengan mengemas rumah. Jadi, kepada wanita di luar sana yang nak bentuk badan persis Che Ta, kenalah rajin mengemas rumah selepas ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Of all the rights of women, the greatest is to be a mother.” ???? @aaisyahdhiarana111 . . #momof3

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

2. Mungkin ramai yang ingat Che Ta hanya memakai girdle atau bengkung untuk mendapatkan perut yang kempis, namun anda silap kerana ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu rajin mengamalkan senaman sit ups.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak segak menawan kena pakai bengkung CheTa @rcwbeauty_❤ . . #benkongcheta #cheta #rcw #rozitachewan . . @rcwbeauty_

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

3. Pelakon drama Kiah Pekasam itu juga mengamalkan makan nasi sebanyak dua kali sahaja sehari. Jumlah nasi yang diambil pula hanya sebesar penumbuk setiap kali makan. Che Ta berkongsi dia juga bersederhana dalam pengambilan garam, gula, minyak dan berlemak serta memperbanyakkan makan sayur dan buah-buahan sebagai amalan pemakanan sihat.

4. Jangan tidak tahu, prinsip yang selalu diamalkan Che Ta untuk menjaga kesihatan badan ialah elak makan dalam kuantiti banyak pada satu masa dan makan sedikit tetapi kerap. Jika terasa lapar, dia akan mengambil snek ringan sihat seperti biskut, oatmeal, telur rebus dan kacang kuda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

5. Bagi mengekalkan berat badan yang seimbang, Che Ta akan memastikan dia makan empat jam sebelum tidur. Bagaimanapun, jika ‘terpaksa’ makan pada lewat malam, Che Ta akan mengambil makanan yang tidak terlalu berat agar perut boleh menghadam makanan yang diambil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak p caqi kopi sat #klubna

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

6. Berkongsi mengenai rutin kecantikannya, personaliti jelita itu mengamalkan penjagaan asas iaitu mencuci, menyegar, memakai serum dan krim siang. Pada sebelah malam pula dia akan mencuci, memakai serum dan krim malam dan jika rajin, Che Ta akan memakai peel off mask.

Satu lagi rutin yang diamalkan ialah menggunakan tisu dan bukan kain untuk lap wajah selepas mencuci. Che Ta turut mengamalkan petua seperti meletakkan kuning telur pada kapas dan tekap pada wajah sebagai pupur.

Paling penting, Che Ta berpesan kepada semua wanita di luar sana agar sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, nescaya kecantikan itu akan terserlah secara semula jadi pada wajah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
familuv Wed, 3 Oct 2018

Panduan Didik Si Abang Atau Kakak Terima Kehadiran Adik Baru

Didik supaya mereka sayang bukan benci kepada adik!

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Featured Fri, 11 May 2018

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Kegembiraan turut dikongsikan oleh selebriti-selebriti tempatan apabila Tun Mahathir menang dan bergelar Perdana Menteri yang ke-7.

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Featured Tue, 10 Mar 2026

Lagu ‘Jodoh Lebaran’ Terima Pujian Siti Nurhaliza, Aisha Retno Terharu – “Sayang TokTi! Tidur Lena Je Lah Malam  Ni”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno meluahkan rasa terharunya apabila lagu Raya miliknya berjudul, ‘Jodoh Lebaran’ menerima pujian daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

error: Content is protected !!