Categories: FeaturedOh Lawa

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Berbanding percutian biasa, ramai menganggap perancangan untuk haji dan umrah agak rumit, justeru persiapan dilakukan lebih daripada kebiasaan.

Perlu diingat, antara barang yang biasa dibawa bukan hanya jubah dan tudung, tetapi juga keperluan peribadi seperti produk mandian dan tentunya produk kecantikan. Maklumlah, perempuan!

Bagi memudahkan bakal hajah, Tanamera Malaysia (Tanamera) ada mengeluarkan set kelengkapan peribadi khusus untuk ke Tanah Suci.

Faridah Ahmad Fadzil ketika pelancaran produk kecantikan set pengembara haji dan umrah Tanamera di Damansara Utama, bnaru-baru ini. Foto: NSTP/OWEE AH CHUN.

Pengasas Bersama Tanamera, Faridah Ahmad Fadzil, berkata Set Kembara Haji Dan Umrah Tanamera menyediakan keperluan lengkap bagi memudahkan wanita membuat persiapan rapi.

“Set kembara ini ialah set kelengkapan peribadi yang terdiri daripada semburan air suling untuk wuduk Tanamera, pembersih semua dalam satu Tanamera untuk muka, badan dan rambut.

“Ada juga disediakan krim pelembut kulit Tanamera, salap bibir Green Kisses Tanamera dan cecair pembasmi kuman,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Set Kembara Tanamera di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Faridah Ahmad Fadzil (kanan) bersama Pengasas Bersama Tanamera, Ahmad Faisal Ahmad Fadzil melancarkan produk kecantikan set pengembara haji dan umrah Tanamera di Starling Mall, Damansata Utama. Foto: NSTP/OWEE AH CHUN.

Yang turut hadir, Pengasas bersama Tanamera, Ahmad Faisal Ahmad Fadzil.

Tanamera ditubuhkan pada 1993 dan lebih dikenali sebagai pengeluar produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi dan halal.

Set kembara haji dan umrah Tanamera yang dilancarkan di Damansata Utama, baru-baru ini. Foto: NSTP/OWEE AH CHUN.

Set yang dtawarkan itu hadir dalam saiz kurang daripada 100ml bagi memudahkan individu membawanya ketika dalam perjalanan khususnya penerbangan.

Antara produk yang paling bermanfaat pastinya semburan wuduk Tanamera yang memudahkan pengguna mengambil wuduk sama ada ketika dalam penerbangan mahupun di lokasi yang sukar mendapatkan air.

Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera itu ditawarkan pada harga RM88 dan boleh di dapati di tujuh cawangan Tanamera serta turut dijual menerusi dalam talian.

Shaidah Shafie