Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Masih ramai yang belum move on dengan watak Mariam dan Camelia oleh Datin Diana Danielle menerusi Camelia yang telah mencetuskan fenomena yang tersendiri!

Dua karakter yang dilakonkan oleh Diana semestinya telah meninggalkan kesan buat penonton setia yang berdebar melihat setiap episod yang ditayangkan.

Terbaharu, Diana telah memuat naik gambarnya untuk mempromosikan drama terbaharu, Syurga Untukmu!  Menerusi Syurga Untukmu, Diana bakal bergandingan bersama aktor tampan, Fahrin Ahmad 

 

Rata-rata netizen memberikan komen berkenaan posting tersebut yang menunjukkan sokongan dan pelbagai reaksi mengenai drama terbaharu Diana yang bakal ditayangkan itu. Malah, ada yang belum move on dengan watak pelakon cantik itu dalam Camelia.

 

 

 

Syurga Untukmu terbitan Sha’s Media Sdn.Bhd ini bakal bersiaran selama 15 episod di Slot Samarinda pada bulan Mei nanti. Drama ini turut menampilkan Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana, Nur Albaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas dan Ummar Dzariff.

 

 

 

Kalau nak tahu bagaimana agaknya gandingan mantap Diana dan Fahrin dan watak apa pula yang dilakonkan oleh Diana Danielle kali ini, korang kenalah tengok Syurga Untukmu di Slot Samarinda Tv3. Korang juga boleh menonton di aplikasi Tonton dan Live Tv Xtra okay! Jangan lupa!  

Sumber: Instagram Diana Danielle

Syafiqa Irdina