Acara By: tex_admin May 4, 2018 @ 3:00pm

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Semalam, si cantik manis Maria Farida buat pertama kalinya telah melancarkan produk kosmetik jenamanya sendiri MF Cosmetique. Produk sulungnya yang menampilkan all in one make up palette #glamrush merupakan produk semua dalam satu yang pertama kali dipasarkan di Malaysia. 

Menariknya palet glamrush ini menampilkan 8 warna pembayang mata, pemerah pipi, 4 warna gincu, eyeliner, eyebrow dan compact powder dalam satu palet. Sangat unik! Menurut Maria Farida, dia telah membuat kajian selama setahun untuk menghasilkan palet glamrush yang awesome ini.

“Untuk menghasilkan produk ini, saya pergi banyak kilang untuk mencari 1 makeup palette ini dan mereka cakap untuk menghasilkan semuanya dalam satu palet agak susah dan tak pernah ada lagi dekat Malaysia.

“Saya degil, tak pernah mengalah dan tetapkan pendirian saya untuk menghasilkan all in one makeup palette ini, dan akhirnya saya berjaya,” katanya.

Baginya, setiap wanita yang suka bermakeup akan jatuh cinta dengan palet glamrush ini kerana ianya semua ada dalam satu palet yang dapat memudahkan mereka untuk bersolek di mana sahaja. Harga bagi satu palet ini adalah RM198, murah dan berbaloi kerana semuanya ada dalam satu palet!

Menarik tak palet glamrush ini? Bagi anda yang ingin mendapatkan palet glamrush keluaran Maria Farida ini boleh dapatkan di Instagram mfcosmetique atau hubungi 017 2214727.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Apr 2020
Featured Tue, 30 Nov 2021

Berjaya Tewaskan Robert Lewandowski, Messi Menang Trofi Ballon d’Or Buat Kali Ketujuh

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dianugerahkan trofi Ballon d’Or berprestij buat kali ketujuh dalam satu majlis di Theatre du Chatelet, Paris pada Isnin. View this post on Instagram A post shared by Leo Messi (@leomessi) […]

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Acara Fri, 10 Aug 2018
Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Cahaya Mata Mon, 29 May 2023