Featured By: Yanie Baharom August 4, 2019 @ 2:50pm

Siapa yang belum mulakan ‘tabung warna,’ jom lakukan segera!

Suka berbelanja, pantang nampak duit depan mata dan tiada disiplin, antara masalah yang sering melumpuhkan usaha seseorang untuk menyimpan wang!

Daripada anda terus berkelakuan seperti itu dan akhirnya tiada satu sen pun simpanan yang boleh ‘menjadi penyelamat’ di saat kritikal atau kecemasan, segeralah ubah gaya hidup anda.

Bak kata bidalan, sediakan payung sebelum hujan!

Caranya dengan mencuba ‘tabung warna’ yang lebih menarik. Konsep  yang digunakan adalah dengan menyimpan satu jenis duit kertas yang mempunyai warna yang sama.

Contohnya, duit RM5 adalah berwarna hijau dan duit RM10 adalah berwarna merah. Anda boleh buat satu tabung (sama ada hijau atau merah) dan mula menyimpan. Syarat utama ialah anda perlu menyimpan semua duit kertas yang mempunyai warna sama.

Kelebihan menggunakan ‘tabung warna’

Kaedah ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menarik minat golongan yang sukar untuk membuat simpanan setiap bulan. Walaupun dengan hanya mengumpul duit kertas RM5 sahaja, jumlah terkumpul apabila tiba hujung tahun pasti buat anda gembira.

Foto: terriuso.blogspot

Cara Menyimpan Yang Betul

Untuk mula menyimpan tabung warna ini, terdapat beberapa kaedah seperti berikut:

1. Semakin banyak

Pada awal tahun, anda boleh menyimpan dengan nilai yang rendah dahulu iaitu RM1 atau RM5 untuk beberapa bulan. Kemudian, mula menyimpan nilai yang lebih besar iaitu RM10.

Dengan kaedah ini, anda tidak akan rasa terbeban pada peringkat awal terutama bagi golongan yang baru ingin mencuba membuat simpanan sendiri.

2. Random

Kaedah ini pula lebih mudah iaitu anda perlu buat beberapa jenis tabung seperti merah (RM10), biru (RM1) dan hijau (RM5). Apabila anda mempunyai duit lebihan, masukkan sahaja duit tersebut ke dalam tabung mengikut warna yang ditetapkan.

3. Satu warna

Cara itu adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna merah (RM10), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM10 setiap kali anda terima duit tersebut.

Anda dilarang berbelanja menggunakan duit RM10 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

Foto: The Reporter

Menarik, mudah dan untung

Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Untuk dapatkan ilmu melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) anda boleh beli ebook ASB Genius yang hanya berharga RM30.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Feb 2023
Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat