Categories: familuvFeatured

Sudahlah pendapatan terjejas sepanjang PKP, rezeki makin sempit bila suami isteri asyik bergaduh

Lebih dua minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bagaimana hubungan bersama pasangan anda?

Apakah semakin akrab atau rasa menyampah membuak-buak, disebabkan pasangan asyik makan tidur, makan tidur, langsung tiada kasihan belas untuk membantu pasangan menguruskan rumah?

Pada waktu beginilah, saat terbaik untuk memperbaiki hubungan yang sudah lama hambar dan tidak lagi romantis gara-gara sibuk mencari harta dunia demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna.

Sepanjang tempoh PKP ini, cuba elak bertengkar dengan pasangan walaupun mungkin anda berasa geram atau sakit hati dengan sikap pasangan yang tidak membantu.

Foto: Isthmus

Bukannya apa, bimbang dalam keadaan pendapatan terjejas gara-gara wabak COVID-19, bertambah-tambah sempit rezeki sepanjang PKP ini. Kurang berbelanja, tapi kewangan lebih meruncing berbanding sebelumnya.

Kalau agak-agak rasa hendak marah akan suami sebab tidak membantu anda, banyakkan beristighfar kerana keutamaan istighfar adalah bagi mendatangkan rezeki.“Maka saya katakan pada mereka, “Mohonlah ampun pada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

Foto: Syifana

Oleh itu, sepanjang PKP ini cuba hidup dalam keadaan aman damai dan elak melakukan perkara di bawah jika tidak mahu rezeki sempit.  

1. Usah bergaduh sesama suami isteri lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak reda dengan diri masing-masing, di situlah rezeki akan disekat.

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT, namun ibu bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudah hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan saling memahami.

5. Jangan meninggikan suara, sebaliknya guna kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

Selamat berkasih-sayang!

Yanie Baharom