Featured By: Ad Ops September 30, 2019 @ 2:00pm

Suka buat kerja di saat akhir? Ikuti panduan untuk hentikan tabiat ini

Sikap gemar menangguhkan kerja atau tugas bukan satu amalan yang baik untuk diamalkan kerana ia mungkin akan meletakkan anda dalam keadaan tertekan atau tidak dapat menghasilkannya dengan cukup baik.

Bagaimanapun ada sesetengah individu merasakan mereka menjadi lebih produktif menyelesaikan sesuatu kerja pada minit terakhir dengan jangkaan mereka dapat bekerja dengan lebih baik apabila berada dalam keadaan tekanan sebegini.

Sebenarnya, tanggapan sebegini tidak betul. Ya, ada betulnya mereka akan bekerja dengan lebih kuat tetapi hasilnya tidak semestinya lebih bagus.

Apabila anda melakukan kerja hingga ke minit terakhir, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan langsung sebenarnya. Jika tersilap, ada potensi anda terpaksa melangkaui tarikh akhir yang ditetapkan. Pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Jika anda siapkan kerja lebih awal dan ada yang perlu diperbetulkan, sekurang-kurangnya anda masih ada masa lagi!

Selain itu, apabila anda kesuntukan masa, anda tidak berpeluang untuk berfikir panjang. Tindakan impulsif biasanya tidak mencukupi ataupun tidak tepat. Lagipun, jika anda tidak menyiapkan kerja yang dipertanggungjawabkania mungkin tuurt menjejaskan tugas rakan sekerja anda juga.

Jika anda termasuk dalam kategori gemar melengahkan kerja, anda perlu ubah sikap ini! Penulis buku yang laris di pasaran antarabangsa, The Subtle Art of Not Giving a F*ck, Mark Manson berkongsi panduan untuk tingkatkan produktiviti.

Sumber: CNBC.com

1. Ubah suai persekitaran

Tindakan melengah-lengahkan kerja ini sebenarnya disebabkan oleh rasa kerisauan.

Contohnya, tugas yang anda perlu lakukan itu ialah penting bagi anda. Kerana takut, anda secara semula jadinya akan cuba mencari benda lain untuk menghalakan fokus anda.

Apa yang anda boleh lakukan ialah letakkan telefon pintar anda di tempat lain, ataupun matikannya terus. Jika anda tidak memerlukan Internet, tutup terus talian Internet itu.

Dalam erti kata lain, sediakan persekitaran atau ruang bekerja anda yang sesuai dengan minda di mana minda anda tiada peluang langsung untuk berfikir mengenai benda lain selain kerja yang anda sepatutnya lakukan.

Sumber: Premium House

2. Kecilkan tugasan

Apabila seseorang itu risau mengenai sesuatu perkara, secara tidak langsung dia akan besar-besarkannya hingga rasa risaunya berlipat ganda.

Contohnya, anda ingin menulis novel setebal 400 muka surat. Anda sudah pun mencari pelbagai idea yang menarik dan menyayat hati untuk jalan ceritanya. Dibintangi oleh watak-watak menarik, novel ini akan dipenuhi dengan elemen aksi dan drama serta penggunaan bahasanya yang canggih.

Jika anda berfikir mengenai semua ini pada suatu masa, tentunya anda akan berasa runsing dan takut. Ini adalah kerana anda memaksa minda untuk fokus kepada sesuatu yang besar dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk siap.

Sebaliknya, anda patut pecahkan tugasan ini kepada beberapa bahagian kecil. Fokus kepada satu bahagian dan curahkan segala usaha yang anda ada untuk siapkannya. Setelah satu perenggan siap, teruskan dengan perenggan seterusnya.

Yang paling penting, buat masa ini jangan fikir mengenai ‘hasil’ yang anda ingin dapatkan. Dengan ini, anda akan berasa tugasan anda sebenarnya boleh diurus dan disiapkan dengan mudah.

Apabila anda berjaya biasakan diri dengan cara ini, barulah anda boleh teruskan momentum untuk siapkan semua kerja.

Semoga berjaya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Events Thu, 27 Oct 2022

“Saya Enggan Kejar Populariti” – Dilabel Sendu, Cliff Umar Tak Kisah Nama Semakin Sepi

Nama penyanyi Cliff Umar yang merupakan vokalis bagi kumpulan Projek Pistol semakin menyepi dalam industri nyanyian tanah air biarpun pernah menjuarai program nyanyian popular pada 2020. Menurut Cliff, tujuan utamanya berada dalam industri hiburan bukan

Featured Sun, 22 Aug 2021

Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bantuan Bayar Rumah Sewa

Umum maklum, keadaan pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali yang berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19. Perkara itu mendapat perhatian rakan selebriti Betty Banafe yang memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai

Gaya Hidup Sun, 13 Jan 2019
Featured Tue, 10 Jan 2023

| Live TV