Featured By: Ad Ops March 2, 2018 @ 4:27pm

Suka Makan Kimchi? Jom Cuba Buat Kimchi Sendiri Dengan Cara Mudah Ini!

Kalau anda peminat masakan Korea, mesti anda suka makan kimchi juga, kan?

Kimchi merupakan salah satu daripada makanan sampingan (side dish) Korea yang paling popular selain lobak, taugeh dan bayam.

Terdapat pelbagai jenis Kimchi tetapi yang paling biasa dihidang ialah kimchi kobis. Untuk jadikan kimchi, kobis ini diperap dahulu bersama serbuk lada Korea. Jadi bila makan, kobis itu akan rasa masam-masam bercampur dengan pedas. Fuhh, sedapnya!

Anda boleh buat kimchi sendiri; tak perlu lagi pergi ke restoran Korea.

Jom try!

food52.com

Bahan yang diperlukan:

  • 1 kobis Cina, dipotong 2 inci
  • ¼ ke ½ cawan garam
  • 2 sudu besar bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar halia, dicincang
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar air
  • 4 sudu besar serbuk lada Korea (dalam bahasa Korea, ia dipanggil gochugaru)
  • 1 daikon radish, dikupas dan dipotong mancis 1 inci (ni optional tau; kalau nak letak carrot pun boleh)
  • 2 genggam daun bawang, dipotong 1 inci

Cara-caranya:

  1. Letakkan kobis di dalam mangkuk atau besen besar dan taburkan garam. Gaul hingga rata.
  2. Letakkan periuk berat di atas kobis tu dan biarkan selama 1 ke 2 jam sampai kobis tu layu dan mengeluarkan air.
  3. Lepas tu, buangkan air kobis tadi dan bilas kobis 2 ke 3 kali di dalam sink sampai tak ada lagi garam. Kemudian toskan kobis dalam tapis selama 15 ke 20 minit.
  4. Gaulkan kobis dengan bawang putih, halia, gula, air, daikon radish dan daun bawang. Masukkan pepper flakes tu dan gaulkan betul-betul sampai rata.
  5. Letakkan campuran kobis tu ke dalam balang kaca. Pastikan anda mampatkannya padat-padat supaya kobis tu berendam dalam “kuah”nya.
  6. Tutupkan balang ketat-ketat. Biarkannya dalam suhu bilik selama 2 ke 5 hari untuk perap.
  7. Setiap hari, buka cover balang untuk mengeluarkan gas yang terhasil dari perapan kobis tu, dan mampatkan lagi supaya kobis kekal berendam dalam kuah.
  8. Anda juga boleh rasa sikit kobis tu setiap hari untuk check jika anda dah puas hati dengan rasanya. Takut termasam sangat pulak.
  9. Lepas 2 ke 5 hari perapan, bolehlah simpan kimchi dalam peti ais.

Dah siap!

Anda boleh pakai gloves kalau nak sewaktu menggaul bahan-bahan ramuan.

Lepas ni bolehlah fefeeling macam orang Korea dan makan kimchi bersama nasi putih. Hehe!

Sumber: www.myrecipes.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Soalan Cepumas Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden Mencuit Hati Netizen

Bijaknya Fiderman ni!! Geram min 🤪 Kemain lagi kawtim dengan Baba ek Jebat hehehe 🥰🤣

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Mon, 29 May 2023