Categories: FeaturedOh Lawa

Suka mengemas rumah, jom tonton video rahsia kecantikan dan kecergasan Ruhainies

Memiliki kulit wajah yang cantik dan tubuh badan yang sihat adalah impian setiap wanita. Begitu juga pelakon Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.

Sebagai figura awam yang menjadi tumpuan masyarakat, Ruhainies amat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan, kesihatan dan kecergasan diri untuk tampil cantik serta menawan setiap masa.

Ramai wanita mencemburui kecantikan yang dimiliki pelakon Ruhainies. Kredit gambar: NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, biarpun tuntutan kerjanya sebagai selebriti sentiasa sibuk, beliau tidak menjadikan kesibukan itu sebagai penghalang untuk melakukan rutin kecantikan dan kesihatan.

Beliau berkata, setiap bulan beliau akan memperuntukkan hampir RM2, 000 untuk membeli barang penjagaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

“Sesibuk mana sekali pun saya tetap akan menjaga kulit muka. Walaupun habis shooting jam 4 pagi, saya akan pastikan muka saya dibersihkan dulu sebelum tidur.

Ruhanies tidak lokek menghabiskan wang demi kecantikan wajah. Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

“Saya juga tidak kisah harga produk dan akan memilih produk penjagaan muka yang terbaik serta sesuai dengan muka saya. Paling penting, kita kena konsisten untuk melakukan rutin kecantikan,” katanya.

Ruhainies antara pelakon generasi baharu yang kini mendapat perhatian penerbit drama, malah kebanyakan drama lakonannya menjadi bualan ramai.

Meskipun tidak mempunyai masalah kulit, Ruhainies akui beliau tetap mengamalkan rutin penjagaan wajah setiap hari terutama sebelum tidur.

Menyentuh soal rutin kecergasan badan, pelakon cantik ini mengakui tidak pergi ke gimnasium, sebaliknya melakukan aktiviti kecergasan di rumahnya.

“Secara jujur, nak pergi gimnasium memang jauh sekali sebab tak sempat, jadual saya padat. Tapi kalau ada masa, saya akan berenang dan melakukan kerja rumah. Saya suka mengemas dan apabila melihat rumah bersih, ia bagai satu kepuasan dan mampu membantu mengurangkan tekanan,” katanya.

Nak tahu apa lagi rahsia kecantikan Ruhainies, kenalah tonton video di bawah.

Ad Ops