Musim durian kini melanda lagi. Kalau skrol sahaja laman media sosial, penuh timeline pasal raja segala buah ini.
Mungkin ada segelintir daripada kita tidak makan buah durian kerana tidak tahan dengan bau atau rasanya yang menyengat. Namun, tahukah anda durian mengandungi banyak nutrisi baik antaranya vitamin A, C, E, B1, B2, kalsium, protein, serat, karbohidrat, kalium dan fosforus.
Jadi, mungkin anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaat buah ini yang dipercayai baik untuk kesihatan dan juga kecantikan diri.
Menerusi penyelidikan Ohio State University, kandungan zat phytonutrient pada buah durian dikatakan mampu mematikan penyebab gejala kanser. Department of Pharmacology & Toxicology, School of Medicine, State University of New York di Buffalo juga turut menunjukkan zat phytosterol pada durian berguna untuk memperbaiki reaksi sel tumor pada tubuh dan mencegah pertumbuhan kanser.
Buah durian mengandungi vitamin B1, B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut mampu memperkuatkan serta menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.
Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar, bolehlah cuba makan durian kerana durian mengandungi serat yang cukup tinggi dan dapat membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar.
Buah durian memiliki kandungan Vitaimin C dengan kadar tertinggi daripada buah-buahan lain. Fungsi vitamin C bukan sahaja dapat mencantikkan wajah, malah boleh melambatkan proses penuaan kulit seseorang serta mencerahkan kulit.
Durian juga mampu mencegah dan menghilangkan jerawat di mana antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat. Anda juga boleh memudarkan bintik hitam di wajah dengan membuat masker durian. Caranya, ambil isi durian yang kuning serta matang dan campurkan dengan dua sudu madu. Sapu di wajah dan lihat hasilnya.
Jika anda mengalami masalah insomnia, makan durian kerana ia mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh badan manusia.
Buah durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.
Durian mengandungi vitamin B6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi dan mampu membuat badan lebih tenang, mood lebih gembira dan lebih baik.
Raja buah ini turut mengandungi folat serta zat besi yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah kurang darah dalam tubuh.
Sumber: Manfaat Buahan
Semoga diberikan kesembuhan
Puteri Sarah dah lama move on kan. Korang ni pun?❤️❤️❤️
Ruhainies hanya jalani kehidupan macam biasa
Ruhainies cakap views IG dia berjuta ya... takkan tak ada sorang yang positif kot..
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!