Categories: FeaturedOh Lawa

Tampil Romantis Syawal Ini Dengan Koleksi Fattah Amin & Fazura

Sebut sahaja Fattzura pasti anda sudah tahu tentang gabungan nama selebriti popular Fattah Amin dan Fazura kan? Pasangan romantis ini memang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila mereka mendirikan rumahtangga. Yang pasti peminat mereka sangat ramai!

Untuk lebaran pada tahun ini, pasangan popular ini mempunyai ‘buah tangan’ istimewa dengan menampilkan beberapa koleksi baju raya khas buat peminatnya. Bagi penulis, koleksi mereka ini mempunyai padanan warna yang sesuai untuk tampil sedondon pada hari raya nanti. Jom kita lihat koleksi mereka.

Nampak eksklusif kan koleksi Fattzura ini? Harganya juga berpatutan iaitu bermula daripada harga RM99 ke atas. Kalau anda nak tengok koleksi yang lain boleh follow Instagram Starvilion atau kunjungi hub fesyen Starvilion yang terletak di 37 G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7 40000, Shah Alam.

Kredit Foto: Starvilion

tex_admin