Featured By: tex_admin May 15, 2019 @ 12:05pm

Terapi tarian bantu rawat jiwa dan rehatkan minda daripada tekanan harian

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Pernahkah anda mengimpikan suasana yang tenang tanpa perlu memikirkan masalah yang sedang melanda hidup?

Anda mungkin boleh mencuba terapi tarian.

Ia melibatkan pergerakan yang diiringi dengan muzik. Meskipun ia berfungsi untuk mencari ketenangan melalui tarian, tiada tarian spesifik yang digunakan.

Anda hanya membiarkan diri anda bergerak seiring dengan muzik yang dimainkan. Dalam terapi ini, anda akan dipantau dan diketuai oleh ahli psikoterapi dalam bidang tarian.

Foto: Columbia Blogs – Columbia College Chicago

Menurut Mahisha Naidu, ahli psikoterapi dalam bidang tarian, “Setiap pergerakan yang anda lakukan mewakili personaliti anda yang sebenarnya,” katanya semasa acara Hari Psikologi: Ekspresi Seni di Universiti Taylor.

Tambahnya lagi, jika anda sedang mengalami tekanan, ia akan mempengaruhi pergerakan anda.

Hari Psikologi anjuran pelajar tahun akhir program Psikologi ini mengetengahkan isu tabu iaitu kesihatan mental yang kurang dibicarakan oleh masyarakat.

Turut hadir merasmikan program ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hj Rohaizat bin Hj Yon.

Foto: Taylor’s University

Menariknya, dalam terapi tarian ini, anda akan bermula dengan pergerakan yang perlahan dan diiringi dengan muzik yang mengasyikkan dan diselang-selikan dengan arahan oleh ahli psikoterapi.

Jika anda masih samar-samar dengan terapi tarian, tonton video di bawah untuk lebih memahami mengenainya.

Berikut merupakan perkara menarik mengenai terapi tarian.

Alternatif berbeza selain daripada rawatan konvensional

Secara tradisionalnya, anda akan berhadapan dengan seorang ahli psikiatri dan meluahkan segala ketidakpuasan hati atau trauma yang mungkin tidak dapat diceritakan kepada orang lain.

Tujuannya ialah sama iaitu bagi menghilangkan tekanan dalam diri.

Terapi tarian tidak memerlukan anda untuk bercakap terlalu banyak tetapi anda tetap akan berasa seolah-olah anda sedang meluahkan emosi yang sudah lama terbuku di dalam hati.

Foto: 92Y

Boleh membantu pesakit mental

Kajian mengenai terapi tarian terhadap pesakit skizofrenia menunjukkan keberkesanannya dalam mengurangkan simptom seperti rasa kurang berminat, lesu, tiada respon tentang sesuatu perkara dan pengasingan diri daripada masyarakat.

Kekurangan terapi tarian di Malaysia

Percaya atau tidak, tiada koreografi seperti popping dan locking, chacha, zapin atau sebagainya digunakan dalam terapi ini.

Begitupun, kekurangan pakar psikoterapi dalam bidang ini di Malaysia mengehadkan pilihan pesakit untuk mencuba jenis rawatan yang dikehendaki.

Diharapkan pada masa akan datang, rawatan terapi melalui tarian boleh menjadi pilihan untuk dicuba oleh pesakit di negara ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪