Featured By: Aqilah Paharuzi January 12, 2023 @ 3:48pm

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri baru sahaja selesai mengadakan showcase ‘This Is Ernie Zakri’ yang bertempat di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama semalam.

Meskipun showcase berskala kecil diadakan dengan kehadiran 200 peminat bertuah dan tempoh selama satu jam, Ernie berjaya mempersembahkan lagu-lagu hits dengan santai dan penuh keunikan sendiri.

Menurut Ernie, dia tidak menyangka tiket showcase terjual dalam masa yang amat singkat, malah ada segelintir peminat menghantar mesej peribadi di Instagram meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat membeli.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka dengan sambutan yang begitu hebat oleh peminat. Tambahan, tiket yang dijual berjaya ‘sold-out’ dalam masa yang singkat, dan walaupun hanya berskala kecil dengan kapasiti 200 penonton, saya dapat rasakan apresiaisi yang sangat tinggi dan rasa lebih bersemangat untuk mengadakan showcase solo yang seterusnya,” kata Ernie.

Ernie mempersembahkan 10 buah lagu kesemuanya termasuk hit-hitnya yang popular seperti Boneka, Gundah, Korban, Ku Bersuara, Hal Hebat, Rindu Bukan Teman, Ini Yang Ku Mahu, Misteri, Jangan Marah dan single terbaharu yang belum pernah dinyanyikan secara ‘live’, Astana.

Sebelum ini, Ernie pernah mengadakan konsert bersama suaminya, Syamel yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada tahun lalu. Namun jelasnya, perbezaannya adalah showcase Ernie Zakri menceritakan perjalanan solo dalam karier seninya.

“Bezanya showcase ini dengan ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ adalah menceritakan tentang perjalanan seni saya secara solo, dan bukan sebagai suami-isteri dan lebih peribadi. Penonton dapat merasai sendiri sendiri citarasa saya dalam muzik dan cara nyanyian saya,” tambah Ernie lagi.

Dianjurkan oleh label pengurusan bakat-bakat hebat tanah air, Rocketfuel Entertainment, ibu anak satu ini mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti memberi sokongan semenjak mula berkecimpung sebagai anak seni.

“Saya ingin berterima kasih kepada setiap pengunjung yang hadir memberikan sokongan tidak berbelah bagi, perasaan terharu dan gembira bercampur kerana setiap dari anda adalah ‘Hal Hebat’ saya sebagai anak seni dan juga penghibur, terima kasih,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Semoga Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bahagia selamanya

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Jika Filem Itu Gagal, Saya Rasa Bersalah’- Wan Hanafi Su Mohon Penonton Malaysia Ubah Mentaliti

Pelakon Wan Hanafi Su adakala berasa ‘ralat’ apabila terlibat dengan sebuah filem yang jalan ceritanya baik namun gagal mendapat sambutan di pawagam. Namun begitu, pelakon berusia tahun tidak terkejut memandangkan rata-rata penonton filem tempatan hanya […]

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022
Trending Tue, 27 Mar 2018

AirAsia Employees KISS Luggage Bags as Sign of Apology to Passengers

These dudes literally kissed each and every one of those bags!

Trending Thu, 7 Oct 2021

“Fikir Tiada Tawaran Kerja Bagaimana Nak Survive” – Kadang-Kadang Lemah Semangat, Yonnyboii Akui Rasa Down

Penyanyi rap, komposer dan penerbit muzik, Yonnyboii mengakui rindu untuk mengadakan persembahan di hadapan orang ramai. Pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, ini masih belum berjaya merealisasikan hasratnya untuk muncul dengan sebuah […]

Events Fri, 10 Jan 2020
Trending Tue, 24 Nov 2020