Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 20, 2023 @ 7:39pm

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Perkahwinan kedua, pelakon Hafidz Roshdi dan pilihan hatinya, Athira Yuhada pada 16 Disember lalu masih menjadi perhatian ramai di platform media sosial.

Malah, menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Athira bersyukur segala urusan perkahwinan mereka dipermudahkan dan bahagia apabila kini dia sah menjadi isteri kepada aktor Melestik Ke Hatimu ini.

“Alhamdulillah, segalanya sangat lancar. Saya dan Hafidz sangat bahagia. Sekarang saya dah sah bergelar isteri kepada Hafidz, semua dipermudahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Athira berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan kecaman netizen memandangkan suaminya merupakan seorang selebriti.

“Alhamdulillah, semuanya saya sudah bersedia,” ujarnya.

Sebelum ini, Hafidz menerusi temu bualnya bersama program sama tampil memohon agar orang ramai tidak terus menghukum kesilapannya dan melupakan segala kebaikan yang telah dilakukannya.

Artikel Berkaitan: “Jangan Kerana Satu Kesilapan, Semua Kebaikan Dia Kita Tak Nampak” – Hafidz Roshdi

Terdahulu, Hafidz mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita perkahwinan bersama Athira yang berlangsung pada malam Jumaat lalu.

Malah, dalam satu temu bual, aktor drama Melastik Ke Hatimu ini turut berkata Athira merupakan cinta pertamanya dan bersyukur memiliki seorang isteri menerima kekurangan diri seadanya.

Artikel Berkaitan: “Away From Society, Closer To Nature” – Isteri Hafidz Roshdi Tak Hirau Kecaman Netizen, Seronok Kongsi Video Naik Kuda

Artikel Berkaitan: “Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: “Pernikahan Ini Bukti Saya Tak Pernah Menipu” – Hafidz Roshdi Kahwin Lain, Bekas Isteri Tak Halang Anak-Anak Jumpa Athira Yuhada

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Lama Bersama, Hafidz Roshdi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Isteri – “Kami Berkenalan Semasa Form 3…”

Artikel Berkaitan: “Toxic Gila, Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia…” – Dituduh ‘Merentan’ Gara-Gara Letak Nama Penjaga Kedua, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Tampil Bidas Kenyataan Individu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 28 Apr 2019

Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak Kaki Kekasih Hancur

Teman Lelaki Langgar Kekasih Sampai Hancur Kaki, Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Wed, 4 Oct 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Thu, 1 Mar 2018

神乎其技!日本15岁绘师用颜色笔画出「真」钻石

最近,一组超逼真的「宝石画」在日本推特上流传。画上的宝石不仅很有光泽,还立体度十足。大家纷纷猜测画画的是谁,真相公布后,所有人都大吃一惊,原来那名神秘绘师是一名年仅15岁的少年。

Hiburan Wed, 29 Jan 2020