Featured By: tex_admin July 31, 2018 @ 5:00pm

Tiada Lagi Penyedut Minuman Di Starbucks Pada Tahun 2020

Rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks bakal mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di premis mereka menjelang tahun 2020.

Perlaksanaan tersebut akan dilakukan secara berperingkat di semua premis Starbucks seluruh dunia bermula di Amerika Syarikat hujung tahun ini, diikuti dengan premis di Eropah menjelang tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu, Starbucks bakal menggunakan gelas dengan penutup rekaan baharu yang membolehkan pelanggan untuk menikmati minuman kegemaran mereka tanpa menggunakan sebarang penyedut minuman plastik.

Lebih menarik, penutup gelas yang bakal digunakan nanti diperbuat daripada bahan biodegradable yang mudah lerai bagi menjaga alam sekitar. Bagusnya kan?

Foto: The vocket

Apa pendapat anda tentang langkah Starbucks ini? Sebelum ini, McDonald’s di Pulau Pinang tidak lagi menyediakan penyedut minuman di restoran mereka.

Bagus sebenarnya pendekatan mereka ini, harap lebih banyak lagi premis makanan dan minuman lain akan melakukan langkah sama untuk menjaga alam sekitar di Malaysia. 

Sumber: The Vocket , Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Dec 2018
Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Sun, 30 Jan 2022

Moratorium Wajar Dilanjutkan Untuk Tempoh 6 Bulan Lagi – Pakar

Agak-agak moratorium dilanjutkan atau tidak?

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Six Seratus Sudah Sayang!” – Gelagat Maryam Tersasul Buat Netizen Ketawa

Sudah pasti ramai yang mengenali pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering kali mencuit hati peminat dengan telatah comel mereka. Terbaharu, rakaman siaran langsung pasangan itu telah dimuat […]

Featured Mon, 4 Sep 2023

“Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

“Saya tak ada muka yang lawa, tak ada duit yang banyak, tak ada harta yang melimpah tapi, saya ada semangat yang tak akan luntur”. Demikian respons penyanyi berbakat, Nadeera apabila dia tampil berkongsi tangkap layar […]

Featured Tue, 18 Oct 2022