Categories: FeaturedGaya Hidup

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga semalam sudah membuka sebanyak 238 kertas siasatan membabitkan penyebaran berita palsu COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sejumlah 170 masih dalam siasatan, 24 sudah didakwa di mahkamah dan 13 mengaku salah.

Kredit gambar: ISMAWeb

“Saya ingin meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya. Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita tersebut di portal sebenarnya.my.

“Saya perlu beri peringatan, jika tidak pasti, jangan sesekali kongsi kerana mereka yang sebar dan berkongsi berita palsu juga boleh dikenakan tindakan tegas oleh PDRM dan SKMM,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

Kredit gambar: BH Online

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 832 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan jumlah 616,917 kenderaan diperiksa.

“Daripada jumlah itu, pihak polis menangkap seramai 489 individu berbanding 606 pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam ialah 21,106 individu dan daripada jumlah itu, 741 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP,” katanya.

Ad Ops