Categories: Trending

Tersandar Kepenatan Dan Menggigil, ‘Frontliners’ Ini Bekerja Tanpa Henti Pada Awal Ramadan Bikin Sebak!

Semoga dipermudahkan urusan!

Dalam kita sibuk menghitung waktu berbuka puasa atau mencari menu untuk dijadikan juadah berbuka, pernah atau tidak kita terfikir bagaimana agaknya keadaan frontliners kita dengan pakaian PPE dan risiko jangkitan Covid-19?

Tidak dinafikan, dugaan barisan pejuang hadapan ini sangatlah besar terutamnya ketika berdepan dengan cuaca yang agak panas dan terpaksa memakai PPE.

Menerusi perkongsian salah seorang frontliner kita yang dikenali sebagai Nurul Nadirah dalam satu posting facebook miliknya, beliau sempat berkongsi pengalaman beliau bekerja pada awal Ramadan ini.

Bekerja tanpa henti!

Melihat gambar di atas mungkin buat kita tersedar, apalah sangat rasa letih yang kita rasa dengan duduk di rumah berbanding mereka bukan?

Menurut Nurul Nadirah, menjelang petang seorang demi seorang frontliners kita yang akan rebah akibat terlalu letih kerana bekerja tanpa henti.

Badan terlalu lemah sehingga ada yang muntah

Dan, disebabkan bekerja selama 6 jam tanpa henti, badan mereka lemah, malah ada yang muntah dan hampir pitam serta badan menggigil.

Namun, ianya perlu ditempuhi demi berkhidmat untuk negara dalam memerangi Covid-19.

Posting yang dikongsikan oleh beliau ini juga turut dihujani dengan kata-kata semangat oleh followers beliau.

Salma Syahbuddin