Featured By: tex_admin September 11, 2019 @ 3:39pm

Panduan minum kopi dengan betul

Minuman kopi merupakan antara jenis minuman yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat pelbagai sebab kenapa minuman ini menjadi kegemaran untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara kebaikan utama yang diperoleh daripada minuman kopi adalah manfaatnya yang memberi tenaga dan kesegaran kepada peminumnya. Di samping itu, kajian yang dijalankan ahli kesihatan turut menunjukkan keupayaaan kopi untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti barah, jantung, diabetes dan Parkinson.

Namun begitu, amalan pengambilan kopi yang salah juga boleh menyumbang kepada pelbagai keburukan. Antaranya, pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan peminumnya terdedah kepada ketagihan.

Kafein, bahan yang terdapat di dalam kopi boleh diklasifikasikan sebagai dadah jenis sederhana, oleh itu, pengambilan yang tidak terkawal akan menyebabkan tubuh badan kita bergantung kepada bahan tersebut.

Selain itu, amalan minum kopi yang tidak betul juga menyumbang kepada penyakit buah pinggang, imsomnia, stress dan darah tinggi.

Oleh itu, apakah amalan meminum kopi yang betul bagi memastikan kesan yang baik dan maksimum kepada peminumnya.

Jangan terus minum selepas bangun tidur

Setiap manusia mempunyai jam biologikal semula jadi di dalam sistem tubuh masing-masing. Jam biologikal tubuh manusia berperanan dalam mengawal pengeluaran hormon dalam badan manusia.

Kortisol ataupun nama lainnya hormone stres berperanan untuk meningkatkan tahap kewaspadaan manusia. Hormon ini juga turut dihasilkan dengan banyak apabila badan kita sedang dalam keadaan fight and flight response.

Menurut kajian daripada ahli perubatan, tubuh manusia secara semula jadinya menunjukkan peningkatan hormon kortisol sebanyak 50 peratus apabila bangun daripada tidur.

Jadi, adakah kehadiran kafein ketika peningkatan jumlah kortisol di dalam badan akan memberikan hasil yang lebih baik untuk tubuh kita?

Jawapannya, tidak.

Kehadiran kortisol di dalam tubuh orang yang sedang minum kopi hanya akan melenyapkan kebaikan yang dibawa oleh kafein. Hal ini kerana hormon kortisol secara semula jadi berperanan dalam merangsang kesegaran tubuh badan kita.

Apa yang lebih teruk, pengambilan kopi ketika waktu itu turut menambahkan kebergantungan tubuh kita kepada kafein yang seterusnya menyumbang kepada masalah ketagihan kopi.

Oleh itu, ahli perubatan menyarankan supaya pengambilan kopi dilakukan di luar waktu penghasilan hormon kortisol ataupun sejam selepas bangun tidur.

Terdapat tiga waktu yang mana tubuh manusia menghasilkan kortisol iaitu pada waktu bangun pagi, 8 pagi hingga 9 pagi, 12 tengah hari hingga 1 petang, dan 5.30 petang hingga 6.30 petang.

Ambil kopi sebelum pukul 2 petang

Kajian daripada Pusat Kajian Gangguan Tidur, Hospital Henry Ford Michigan dan Kolej Perubatan Wayne State menunjukkan pengambilan kopi enam jam sebelum waktu tidur akan mengurangkan waktu tidur kepada lebih satu jam.

Dalam kajian yang sama turut menemukan yang pengambilan kopi enam jam sebelum tidur akan memberikan kesan yang signifikan terhadap waktu dan kualiti tidur seseorang.

Foto: unsplash.com

Oleh itu, pembaca disarankan agar tidak lagi meminum kopi selepas jam 2 petang bagi memastikan tidur malam yang tenang dan aman.

Kesimpulannya, pengambilan kopi memberikan pelbagai manfaat buat tubuh badan manusia dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan produktif. Namun, amalan minum kopi yang betul amat penting bagi mengelakkan kesan sampingan yang akan mengganggu tubuh dan mental kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Mar 2021

“Saya Kena Usaha Lebih..” – Menang Tempat Ke-3 AJL35, Wany Hasrita Dedah Persiapan Berduet Dengan Jamal Abdillah

Meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Wany Hasrita mengakui dia harus berusaha lebih untuk setanding dengan rakan duetnya, Datuk Jamal Abdillah. Menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan […]

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Acara Mon, 29 Apr 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Kursus asas kemahiran mampu tingkatkan ekonomi keluarga

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Thu, 2 Jun 2022
Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Netizen Kritik Vokal Sumbang, Hazami Akui Hilang Fokus – “Saya Anggap Tribute Untuk Adibah Noor”

Alahai, sebaknya 🥺 Bukan vokal yang diutamakan, yang penting penyampaian lagu tu sampai pada semua pendengar 🥺