Featured By: Ad Ops February 5, 2018 @ 5:05pm

Tips Redakan Kemarahan

Sesabar mana pun kita, semua orang tidak dapat lari daripada perasaan marah. Turun naik emosi yang tidak menentu, apatah lagi ketika berdepan dengan tekanan kerja, rakan sepejabat, keluarga serta gejolak perubahan hormon sendiri, sukar sebenarnya menghindari kemarahan.

Jadi, jika selepas ini anda merasakan suhu dalaman mula menyirap dan tak terbendung, ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1 : Tarik nafas dalam-dalam dan kira hingga 10.

Langkah 2 : Tanya diri sendiri: Apa yang anda rasa? Apa perasaan yang anda alami? Langkaui punca dan emosi sebenar – cari sebab apa yang anda rasakan secara dalaman?

Langkah 3 : Tanya diri sendiri: Apa yang menjadikan situasi ini membuatkan anda marah? Apa situasi yang mendorong anda marah?

Langkah 4 : Tanya diri sendiri: Apa yang akan dikatakan kepada diri sendiri tentang orang atau situasi itu. Apa yang mendorong fikiran anda ke arah itu?

Langkah 5 : Luangkan 30 saat sebab atau alasan positif mengapa individu itu bertindak sedemikian, atau kenapa situasi berubah sebegitu.

Langkah 6 : Tukarkan suara-suara sumbang dalaman kepada sesuatu yang positif dan menenangkan. Contohnya seperti: “Semuanya akan berakhir”, “Aku tak akan jadi mangsa keadaan”, “Aku marah tapi aku boleh handle semua ni” atau “Aku kena fokus dengan apa boleh buat, dan buat sendiri”.

Langkah 7 : Tanya diri sendiri: Apa hasil yang anda mahukan? Apa yang anda mahu ia berlaku atau berhenti berlaku dalam situasi itu?

Langkah 8 : Tanya diri sendiri: Apa tindakan boleh anda buat untuk mencapai objektif? Gunakan kaedah penyelesaian masalah seperti komunikasi, perbincangan, toleransi dan sebagainya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 1 Nov 2018
Featured Tue, 11 Oct 2022

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Hmm siapa tak sayang nyawa kan? Semoga perkara ini ada jalan penyelesaiannya

Events Thu, 14 Jul 2022
Featured Fri, 30 Dec 2022
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Kesian Khairul Aming, lepas satu.. satu kontroversi. Setiap orang kan ada cara masakan sendiri, apapun min suka pula tengok periuk tu

Featured Wed, 23 Nov 2022
Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔