Acara By: Fadzlena Jafar July 24, 2019 @ 1:27pm

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

Peminat K-Pop mungkin berpeluang menyaksikan artis K-Pop kesayangan mereka pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 22 September depan.

Selain artis K-Pop, ABPBH edisi ke-32 (ABPBH 32) turut memperkenalkan kategori baharu membabitkan selebriti negara jiran iaitu Artis Indonesia Popular.

Pengarah Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa, BH merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamarulzaman. NSTP/Jim

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32 yang juga Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH , Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata dua kategori baharu itu diperkenalkan selaras dengan pemilihan tema sejagat ABPBH 32.

“Selaras dengan tema Melangkaui Sempadan, jawatankuasa pengurusan ABPBH 32 mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dua kategori baharu ini bagi mengiktiraf selebriti popular dari Indonesia dan Korea Selatan. Jika tersenarai dalam lima artis popular (Top 5), kami akan mengundang mereka untuk hadir pada acara kemuncak nanti.

“Artis K-Pop dan K-Drama amat popular di Malaysia, justeru kami berpendapat sebagai majlis anugerah yang mengiktiraf selebriti popular, ABPBH adalah landasan terbaik untuk memilih siapa artis Korea Selatan yang kini popular di Malaysia.,” katanya kepada Hijab & Heels, baru-baru ini.

ABPBH dibawakan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, selain DuitNow yang menjadi platform undian untuk peminat memilih artis kesayangan mereka.

Kumpulan K-Pop BTS bukan saja pipular di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian di Hollywood. Sumber Elite Daily

Seramai 34 artis popular Korea Selatan tersenarai dalam kategori Artis K-Pop Popular. Antaranya AOA, Apink, Blackpink, BoA, BTS, Exo, G Dragon, Gfriend, Gong Yoo, GOT7, Ha Jung Woo, IU, Jun Ji Hyun, Jung Woo Sung, Jung Yoo Mi, Kim Soo Hyun, Kim Woo Bin, Lee Dong Wook, Lee Hyo Ri dan Lee Jong-suk.

Turut disenaraikan artis ternama Lee Min Ho, Mamamoo, Monsta X, NCT, Park Bo-gum, Park Seo Joon, Red Velvet, Seventeen, Song Hye-Kyo, Song Joong-ki, Taeyeon, Twice, Wanna One dan Yoon Ah.

Bagi kategori Artis Indonesia Popular pula, seramai 20 artis tersenarai antaranya Afgan, Armada, Bunga Citra Lestari, Cakra Khan,  Chelsea Islan, Christian Sugiono, Dian Sastrowardoyo, Isyana Sarasvati, Judika dan Jaz yang popular dengan lagu Teman Bahagia.

Peminat Bunga Citra Lestari boleh mengundi penyanyi kesayangan mereka itu. – NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

Bagi peminat  Laudya Cynthia Bella, artis jelita bertudung itu turut disenaraikan dalam kategori itu selain Luna Maya, Nicholas Saputra, Raisa, Repvblik,  Siti Badriah, Syahrini, Tulus,  Virgoun dan Upiak, penyanyi lagu popular Tak Tun Tuang.

Orang ramai boleh mengundi artis kesayangan mereka dalam ABPBH 32 menerusi laman sesawang www.abpbh.com.my sehingga 14 Ogos depan. Seperti ABPBH terdahulu, hanya lima pencalonan sahaja akan dipilih bagi setiap kategori.

Undian ABPBH 32 lebih menarik kerana peminat berpeluang menggandakannya menerusi langganan BH Digital dengan membuat pembayaran menggunakan sistem DuitNow.

Tunggu apa lagi, undi artis kesayangan anda mulai hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Featured Mon, 3 Jan 2022

Gagal Merentasi Sungai, Warga Emas Maut Dihanyutkan Arus Deras

Seorang warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Lininkung, Telupid untuk menuju ke rumahnya pada Ahad. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media

Featured Mon, 23 Aug 2021
Featured Thu, 18 Nov 2021

Penjawat Awam Negeri Johor Terima Bantuan Khas Sehingga RM1,000 Pada…

Wah, berita gembira buat penjawat awam Johor!

Featured Mon, 13 Jan 2020
Featured Tue, 18 Jun 2019
Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

| Live TV