Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi January 25, 2023 @ 6:02pm

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Buat julung kallnya, festival Cahaya Israk Mikraj kembali bersempena mengingati perjuangan Rasulullah SAW yang dianjurkan oleh WNS Marketing Sdn Bhd bersama Musollah Aisya dan Ribath Fatimah Az Zahra.

Lebih mengujakan, festival ini berlangsung dengan tiga acara bermula seawal 9 pagi sehingga 11:30 malam bermula dengan segmen tausiah dan ceramah, serta diakhiri oleh konsert dari kumpulan nasyid terkenal, Raihan.

Bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, festival yang berlangsung pada 18 Februari 2023 akan dimulakan dengan segmen Mengetuk Pintu Langit Israk Mikraj pada 9 pagi sehingga 12 tengahari khusus untuk kaum muslimin atau wanita sahaja.

Ceramah tersebut akan menampilkan Ustazah Halimah Alydrus bersama beberapa rakan selebriti terkenal iaitu Neelofa, Umie Aida, Hana Ismail, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zizi Kirana.

Pada sebelah petang, acara kemudian disambung dengan Kembara Keajaiban & Keimanan Israk Mikraj bermula pukul 2 sehingga 4 petang menampilkan Ustazah Amirah Novel Jindan, Ustazah Asma’ Binti Harun, Ustazah Aminah BSA, Ustazah Alwiyah Assegaf, Ustazah Muna Assegaf, Ustazah Sofia Alhabsyi, Ustazah Khudaij Alosmany sebagai panel.

Malam kemuncal festival Cahaya Israk Mikraj adalah Konsert Garis Masa Raihan yang akan mendendangkan lagu hits mereka seperti Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya.

Konsert pembukaan pada malam tersebut akan dimeriahkan oleh kemunculan Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal dan Amy Search.

Tiket pembelian Konsert Garis Masa Raihan dan setiap sesi Cahaya Israk Mikraj boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Oct 2018
Trending Tue, 6 Feb 2018

7 Tip Sarapan Sihat dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting?

Featured Wed, 10 Feb 2021

35 Juta Tuntutan MySalam Diluluskan, Manfaat RM 50 Sehari

Semoga bantuan ini mampu meringankan beban rakyat..

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

Featured Thu, 1 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kita Jangan Fikir Negatif” – Fauziah Latiff Hormati Penyanyi Senior & Junior

Tidak kira senior atau junior, masing-masing ada kekuatan tersendiri!

error: Content is protected !!