Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 8, 2025 @ 5:37pm

FFM34 Perkenal Kategori Baru ‘Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik’

Festival Filem Malaysia kembali secara rasminya untuk kali Ke-34 (FFM34) selepas dilancarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching menerusi Sidang Media pertamanya pada, Selasa.

Dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), festival berprestij ini bakal berlangsung pada 8 November 2025 dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.

Mengangkat tema “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, FFM34 meraikan kepelbagaian gaya penceritaan dan keberanian dalam mengeksplorasi sempadan baharu seni visual.

Tema ini mencerminkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema sebagai cerminan denyut nadi masyarakat moden, selari dengan perkembangan teknologi dan realiti sosial masa kini.

Mempertandingkan sebanyak 30 kategori utama termasuklah, satu kategori baharu iaitu, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, kategori ini bagi mengiktiraf keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar secara selamat dan berkualiti.

“Bagi kategori ini, ia adalah untuk mengiktiraf keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar secara selamat dan berkualiti.

“Lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan bukan sahaja berkualiti dari segi teknikal, malahan mempunyai nilai tontonan yang tinggi,” katanya.

Tambahnya, anugerah ini juga sangat signifikan terutama melihat kepada penerbitan filem aksi tempatan yang meraih pencapaian dan sambutan baik penonton di Malaysia.

Manakala, pemenang bagi kategori tersebut akan membawa pulang trofi khas serta wang tunai bernilai RM5,000.

30 Kategori yang akan dipertandingkan:

1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Lelaki Terbaik
4. Pelakon Wanita Terbaik
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
8. Pengarah Harapan
9. Pelakon Lelaki Harapan
10. Pelakon Wanita Harapan
11. Cerita Asal Terbaik
12. Lakon Layar Terbaik
13. Sinematografi Terbaik
14. Penyunting Terbaik
15. Penataan Bunyi Terbaik
16. Penataan Seni Terbaik
17. Kesan Khas Visual Terbaik
18. Skor Muzik Terbaik
19. Lagu Tema Terbaik
20. Tatarias/ Solekan Terbaik
21. Rekaan Kostum/ Busana Terbaik
22. Poster Terbaik
23. Filem Pendek Terbaik
24. Dokumentari Terbaik
25. Anugerah Khas Karyawan
26. Anugerah Khas Sepanjang Zaman
27. Anugerah Khas Juri 1
28. Anugerah Khas Juri 2
29. Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik (kategori baharu)
30. Anugerah Khas Filem Box Office

Dalam pada itu, Pengarah Festival Filem Malaysia ke-34, Yang Mulia Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad berkata penyertaan bagi 30 kategori yang dipertandingkan kali ini telah dibuka bermula 8 Julai 2025 sehingga 18 Julai 2025.

“Kami jemput mana-mana karya yang diterbitkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun tahun ini untuk menghantar penyertaan,” jelasnya.

Sidang media kali ini juga turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi,  Nik Kamaruzaman Nik Husin, Pengerusi FINAS, YB Datuk Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YB Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Presiden persatuan-persatuan serta penggiat-penggiat industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

陈慧琳《Be With You》MV拍到流两行眼泪

Kelly陈慧琳继《尾站天国》后,接力推出本年度第二主打《Be With You》,亲自上阵演出MV的她,极考内心戏拍到流两行眼泪。

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Cantiknya Sasqia Dahuri Di Majlis Resepsi…

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Sasqia dan suami. Insha Allah…

Anugerah Tue, 31 Jan 2023
Trending Wed, 23 Sep 2020
error: Content is protected !!