Euforia Bola 2026
Anugerah By: Khairil Khusyairi January 31, 2023 @ 3:00pm

AJL 37: Berhasrat Genggam Trofi Vokal Terbaik, ‘Korban’ Tanggungjawab Besar Ernie Zakri

Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37), Ernie Zakri memikul tanggungjawab besar dalam membawakan lagu Korban pada malam penuh berprestij itu.

Menurut Ernie, dia bersyukur dan terkejut apabila lagu hasil ciptaan sepenuhnya itu berjaya menempatkan diri di pentas AJL 37 yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya nyanyi bukan sekadar hanya menyanyi tapi menggalas tanggungjawab komposer dan penulis lirik untuk lagu sendiri. Ini pertama kali, antara peluang yang saya sendiri tak jangka saya dapat capai pada tahun 2022.

“Dulu malu-malu nak buat lagu, segan nak bagi orang dengar. Sekarang alhamdulillah, tahun ini lagu saya berjaya menempatkan di pentas AJL. Setakat ini itu memadai untuk saya kembali yakin untuk buat lagu.

“Banyak lagi benda yang saya perlu perbaiki, apa yang jadi pada AJL itu nanti, rezeki pada malam tersebut,” katanya kepada XTRA.

Tambah isteri kepada penyanyi Syamel ini, lagu Korban adalah berkisar pengorbanan suaminya kepada keluarga

“Saya tulis lagu ni tentang pengorbanan suami menjaga saya ketika saya hamil dan juga beliau menerima perkhabaran arwah ibunya meninggal dunia.

“Jadi saya buat lagu ini, sebenarnya lagu ini patutnya jadi fun dan happy tapi sedih mengenangkan pengorbanan apa yang dia buat pada keluarga,” kongsinya.

Pemenang vokal terbaik AJL 35 ini turut meletakkan harapan untuk menggenggam trofi vokal terbaik bagi edisi kali ini.

“Saya mempunyai harapan untuk lagu ini untuk mendapat tempat, saya kena nyanyi dengan baik. Tujuan saya datang ke sini untuk pertandingkan lagu Korban.

“Tanggungjawab saya sangat besar untuk lagu Korban. Banyak perubahan dari sudut pernafasan dan itulah apa yang saya perlu perbaiki.

“Tahun ini saya perlu lebih fokus, kerja lebih kuat, kalau ada harapan yang saya mahu, saya kena cuba mencapai ke arah itu, kalau nak vokal terbaik, saya kena capai tapi apa yang jadi pada malam tersebut, rezeki malam itu

“Saya tak mahu stress, AJL akan ada setiap tahun. Jika korban tak dapat apa-apa pada tahun ini, pasti akan ada untuk tahun mendatang. Dapat atau tidak, itu rezeki saya,” tutupnya.

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“So Many Sotong Terdampar Here, Nanti Kena Ketumbit Mata”- Noorkhiriah Nasihatkan Anak Gara-Gara Melihat…

Pelakon dan pelawak terkenal, Noorkhiriah menasihati anak lelakinya supaya menjaga batas penglihatan. Lebih menghiburkan, Khiriah dengan selamba menyamakan wanita asing sebagai seekor sotong yang sedang terdampar di persisiran pantai.   View this post on Instagram […]

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Trending Thu, 19 Dec 2019

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Khoon Hooi terkenal dengan rekaan praktikal, moden dan sofistikated!

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Ada Sebab Kenapa Allah Tak Bagi…’- Marsha Luah Hasrat Jadi Ibu

Semoga impian Marsha untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti terlaksana, Amin…

Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Trending Tue, 18 Sep 2018

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD

kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

error: Content is protected !!