Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:13pm

Filem Epik Sarawak ‘Raya Emas: Salako Sacred Treasure’ Pamer Keindahan Alam & Budaya Tempatan

Filem fiksyen Raya Emas: Salako Sacred Treasure bukan sekadar sebuah filem biasa, sebaliknya ia berjaya mengetengahkan keindahan alam semula jadi Sarawak serta memperlihatkan kehidupan dan tradisi masyarakat Bumi Kenyalang.

Menurut penerbit eksekutif, Winson Voon, filem ini bukan hanya sebuah karya hiburan, malah turut menonjolkan elemen sinematik yang indah selain memperkenalkan budaya masyarakat Salako di Sarawak.

“Pada masa yang sama, saya amat menghargai sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek ini.

“Malah, kementerian turut melihat filem ini sebagai satu medium untuk memperkenalkan tarikan unik Sarawak kepada khalayak antarabangsa, sekaligus berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya.

Winson turut menjelaskan bahawa kolaborasi ini berpotensi mengangkat Sarawak sebagai pusat utama bagi produksi filem antarabangsa, seterusnya mengukuhkan sektor pelancongan negeri.

Filem ini mengisahkan perjalanan tiga watak utama: Zul, seorang bapa yang terdesak; Ansamah, anak angkat yang berusaha membuktikan dirinya sebagai penjaga pelindung Salako, Raya Emas; serta sekumpulan penjelajah muda yang diketuai oleh Diana, seorang gadis dengan kebolehan meramal luar biasa.

Menurut Winson lagi, lebih 80 peratus penggambaran dilakukan di Lundu, Sarawak, yang menawarkan pemandangan menakjubkan hutan hujan Borneo bagi menghidupkan latar cerita.

Selain membariskan ramai pelakon tempatan, filem ini juga berperanan sebagai platform penting untuk mempamerkan bakat anak Sarawak serta memperkembangkan industri filem negeri.

“Walaupun kisah ‘Raya Emas’ yang mengisahkan bunga emas dengan kuasa penyembuhan luar biasa hanyalah fiksyen, filem ini tetap menampilkan budaya dan tradisi autentik masyarakat Salako. Ia memberi peluang kepada penonton untuk mengenali kekayaan warisan Sarawak dengan lebih dekat.

“Dengan menyokong filem sebegini, kita bukan sahaja membantu mempromosikan pelancongan Sarawak, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Matlamat utama filem ini adalah untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pilihan bagi produksi filem dan lokasi wajib dikunjungi pelancong dari seluruh dunia,” tambahnya.

Filem ini merupakan hasil kerjasama yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak. Ia diterbit dan dipersembahkan oleh Tinytune Production dengan kerjasama Filmmaker Studio, Sky Picture, serta produksi daripada Filmforce Studio.

Menampilkan Ahirine Ahirudin, Winson Voon, dan Dunstun Luther Junior sebagai pelakon utama, filem ini turut dibintangi oleh Melissa Francis, Marc Benjamin, Wahab Daszz Hairaf, Willy Alfred Ting, serta Daniel Ackeem.

Menggabungkan elemen pengembaraan, mistik, dan keindahan alam Sarawak, filem ini bakal menemui peminat pada 3 April di 20 pawagam termasuk di Sabah dan Sarawak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 24 May 2021

“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke […]

Featured Sat, 11 Jun 2022

“Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Sudah-sudah la ganggu rumah tangga orang 😌 Mungkin belum bertemu buku dengan ruas sebab tu banyak bunyik 👀 Apapun life must go on 🔥🔥🔥

Featured Wed, 18 Sep 2024

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Apapun, moga yang terbaik buat keduanya👀❤️

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Buat Macam Member Dia Je…” – Ramai Cemburu Lihat Angel Dolla Bersama Simon Dominic

Pasti ramai yang mengenali penyanyi wanita Angelina Chai Ka Ying atau lebih dikenali sebagai Angel yang merupakan seorang ahli kumpulan Dolla. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Angel di laman TikTok sehingga berjaya […]

error: Content is protected !!