Categories: Filem

5 SEBAB KORANG WAJIB LAYAN FILEM SERAM ABAD INI!

Filem seram dari Indonesia  iaitu Pengabdi Setan telah mula menghantui pawagam sejak 28 September yang lalu. Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Joko Anwar ini merupakan “remake”untuk filem Pengabdi Setan pada tahun 1980. Walaupun baru 4 bulan ditayangkan ternyata filem ini berjaya menghantui para peminat filem Indonesia dan Malaysia.

Jom kita lihat 5 sebab kenapa korang wajib menonton Pengabdi Setan!

1. Filem ini menggabungkan pelakon ternama dan berbakat dari Malaysia dan Indonesia. Antara teraju utama filem ini adalah Bront Palarae, Tara Basro, Ayu Laksmi,Endy Arfian dan ramai lagi. Walaupun Bront Palarae merupakan pelakon dari Malaysia tapi ternyata bakat lakonan beliau sememangnya top class. Malah, dialek Indonesia yang dituturkan oleh watak Bront juga sangat natural. Good job, Bront!

Sumber:CNN Indonesia

2. Plot filem yang akan menghantui korang. Filem ini bermula dengan kisah kehidupan keluarga Rini (Tara Bastro) pada awal tahun 80 an. Rini merupakan gadis yang tinggal bersama bapanya, nenek, 3 orang adik lelaki serta seorang ibu (Ayu Laksmi) yang menderita sakit misteri. Setelah kematian ibu mereka, kehidupan keluarga Rini mulai digganggu dengan pelbagai kejadian misteri yang melibatkan arwah ibunya.

Sumber: media tabloid bintang

3. Watak ibu Mawarni yang dilakonkan oleh Ayu Laksmi akan membuatkan korang tak dapat tido lena.Setelah ibu Mawarni meninggal dunia, pelbagai cerita dan kisah silam dirinya didedahkan dan berjaya diketahui oleh anak-anaknya. Watak Ibu ini sememangnya berjaya memberi impak kepada penonton. Tak hairanlah kalau satu pawagam menjerit bila munculnya adegan Ibu Mawarni.

Sumber:Jawa Pos

4. Lokasi utama filem ini iaitu rumah milik keluarga Rini memainkan peranan penting dalam membawakan unsur mistik dan seram. Menurut pengarahnya Joko Anwar, pihak produksi filem terpaksa melalui tempoh yang sukar untuk mencari lokasi penggambaran yang sesuai. Namun mereka akhirnya berjaya menemui lokasi di Pengalengan, Jawa Barat.

Sumber:MSN

5. Menurut CNN Indonesia, filem ini merupakan filem terlaris di Indonesia sepanjang tahun 2017! Filem ini telah  berjaya mengalahkan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) yang memegang takhta filem terlaris di Indonesia. Selain itu, sejak tayangannya di Malaysia filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak 4.8 juta.

Kalau korang nak tahu apa kesudahan kisah keluarga Rini, korang kena cepat-cepat beli tiket dan tonton Pengabdi Setan di pawagam sekarang!

 

 

 

 

 

 

Ad Ops