Categories: Filem

Kenapa Ibu Bapa Suka Tanya Soalan Berulang Kali?

Masih ingat dengan iklan di TV beberapa tahun lalu, ‘Burung apa tu nak, Burung Murai Ayah…,’ Selang beberapa saat, si ayah bertanya lagi soalan sama ‘ Burung apa tu nak… Burung Murai Ayah,’.

Tingkah laku si ayah mungkin menjengkelkan, tapi percayalah… penyakit bertanya soalan sama berulang kali bukan sengaja dibuat-buat.

Begitu juga seperti watak Omar dalam Pulang ketika tua. Sikapnya yang sukar ingat peristiwa lepas dan bertanya soalan berulang kali mungkin menyukarkan proses mencari bapanya, Othman.

 

Penonton pasti hairan dengan ayat Omar berulang kali bertanyakan ‘Ahmad baru sampai, dah makan dah?,’ Pada awalnya mungkin anda geli hati. Tetapi bila difahamkan dengan betul, hiba mula menghimpit hati.

Disebabkan Demensia, pesakit mengalami kesukaran untuk ingat sesuatu peristiwa yang baru berlaku. Ditanya berulang-ulang dan dalam masa sama mereka sukar fokus terhadap sesuatu perkara.

Seiring usia dan masa, Demensia boleh bertukar lebih buruk dari masa ke semasa. Perubahan tahap demensia berbeza bagi setiap orang.

Perhatikan gelagatnya seperti bertanya soalan sama berulang, mundar mandir, termenung, gelisah. Itu antara simptom yang perlu diambil berat, bukan dipandang ringan.

Seseorang yang mengalami demensia, terutamanya di peringkat yang teruk, mungkin mengalami gejala fizikal seperti lemah otot dan penurunan berat badan. Perubahan pola tidur dan selera makan juga cenderung untuk berlaku.

Faktor penyebab demensia adalah pelbagai. Ia boleh disebabkan oleh penyakit kognitif lain seperti Alzheimer, penyempitan salur darah, perubahan kimia dan struktur otak, dan perkara lain yang menggangu struktur dan fungsi otak individu.

Di tahap yang teruk, pesakit demensia cenderung untuk memerlukan lebih banyak sokongan dalam menjalani kehidupan sehariannya. Namun, ramai individu yang mengalami demensia mempunyai kualiti hidup yang baik walaupun mempunyai gangguan ini.

Pesakit demensia juga berjiwa sensitif! Mood mereka berubah-ubah. Ada masanya cemas, marah dan tiba-tiba murung. Ada juga sesetengah jenis demensia, pesakit juga mungkin mengalami gangguan halunisasi dan delusi. Mereka cenderung melihat perkara yang tidak wujud (halusinasi) atau percaya tentang sesuatu yang tidak betul (delusi).

Jangan runsing, terapi kaunseling boleh membantu. Bawa orang tersayang berjumpa pakar sekiranya berdepan dengan Demensia. Rawat sebelum terlambat. Atau anda juga boleh bantu si dia dengan membawa ke pawagam hujung minggu ini untuk menonton Pulang, mungkin?

SGMS Faida