Categories: FeaturedSihat

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Kita selalu bersin jika mengalami selesema atau alergi pada habuk dan debu. Namun, ada masanya ia terjadi tanpa sebab khusus di mana udara semi-autonomous terkumpul di hidung dan mulut kita.

Penulis nak tanya, ada ke daripada anda yang suka menahan bersin? Yela, mana tahu ada yang mungkin malu nak bersin di tempat awam sampai sanggup tahan bersin.

Jika ada yang begitu, mohon jangan buat macam itu ya. Sebab kajian mendapati menahan bersin boleh membahayakan dan membawa padah pada kesihatan tubuh. Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah. Ngerinya!

Foto: Movin 92.5

Hasil kajian yang diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports menyatakan, mereka yang berasa hendak bersin namun menahannya, boleh mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh.

Menyekat bersin juga boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru, malah memecahkan aneurisme serebrum, keadaan saluran darah bengkak seperti belon dalam otak. Fuhh!

Rugilah kalau anda tahan bersin kerana bersin pun ada manfaatnya. Bersin dikatakan mampu menyingkir puluhan ribu bakteria yang selama ini terkumpul atau terperangkap dalam hidung, mulut serta paru-paru. Wow!

Bersin juga boleh bersihkan hidung kerana ia merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung daripada bendasing mahupun kotoran. Bersin bertindak menghembuskan partikel kotor dari paru-paru melalui hidung atau mulut.

Jadi, jika anda mahu bersin, jangan ditahan-tahan ya! Yang penting, tutup hidung dan mulut anda jika bersin di tempat awam.

Sumber: Berita Harian

Ad Ops