Categories: Filem

Emilia Clarke Dipaksa Bogel?

Bintang Games Of Thrones ini pastinya tertekan apabila beliau mengakui dia perlu melakukan aksi bogel dalam drama bersiri terkenal itu.

Memetik laporan BBC News, pelakon ini mengakui tidak selesa kerana terpaksa berlakon tanpa seurat benang di hadapan team produksi semata-mata mahu menaikkan rating drama bersiri popular ini. 

 

” Sejujurnya saya tidak pernah ada pengalaman macam ni dekat set . Saya tak tahu apa yang perlu dibuat. Malah, saya tak tahu apa yang diharapkan dan tak tahu apa yang mereka mahu. Malah, setiap kali babak itu dilakukan, mereka produksi akan berkata ‘awak tak mahu kecewakan peminat Games of Thrones kan?” Jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Emilia, 33, sedang sibuk mempromosikan filem berjudul The Last Christmas bergandingan bersama pelakon hot Crazy Rich Asian, Henry Golding  yang akan menemui peminatnya pada 28 November ini!
Dan, yang menariknya baru-baru ini viral sebuah video menunjukkan Henry sempat mengajar Emilia berbahasa melayu ketika sesi temu bual eksklusif bersama team FlyFm, Guibo.
Let’s check this out!
Salma Syahbuddin