Categories: Filem

FILEM LEE CHONG WEI, TAYANGAN FILEM TERBESAR DI MALAYSIA?

Kepada peminat arena sukan terutamanya Badminton dan Datuk Lee Chong Wei, mereka bakal menyaksikan  sendiri liku-liku kehidupan awal Datuk Lee Chong Wei sehingga bergelar pemain badminton nombor satu dunia menerusi tayangan filem sulung nya berjudul ‘Lee Chong Wei’ .

Filem Lee Chong Wei versi tambahan 133 minit ini akan dihadiri sendiri oleh Chong Wei dan keluarga, jaguh-jaguh badminton badminton negara, selebriti terkenal tanah air, pengarah dan para pelakon filem tersebut.

Filem ini akan ditayangkan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dengan menggunakan layar gergasi LED, sekaligus menjadikannya sebagai tayangan perdana filem terbesar di Malaysia. Dijangka akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 20,000 penonton, menjadikan filem ini bakal dicatatkan didalam Malaysia Book of Records.

Filem arahan Teng Bee versi tambahan berdurasi 133 minit ini juga tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam di Malaysia.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee berkata, filem ini akan menjadi majlis yang paling istimewa buat Chong Wei dan semua yang hadir menyaksikan filem tersebut.

“Chong Wei belum lagi menonton filem berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton yang hadir pada majlis yang berlangsung pada 9 Mac. Ianya, akan menjadi majlis istimewa buat Chong Wei dan semua yang hadir.”

Pada majlis ini juga, acara Karpet Merah turut dihadiri oleh jaguh- jaguh badminton negara, para pelakon filem dan selebriti yang hadir. Termasuklah pemenang Piala Thomas tahun 1992. 

Untuk setiap pembelian tiket filem ini, penonton bakal menerima hadiah ekslusif berupa Kemeja -T, tiket, poster edisi terhad dan banyak lagi.

So, kepada semua peminat Datuk Lee Chong Wei bolehlah mendapatkan tiket untuk filem ini dengan harga RM88, RM108, RM1128, dan RM168 dan boleh dibeli menerusii laman web WWW.MYTICKET.ASIA bermula 20 Januari ini!

 

Salma Syahbuddin