Categories: Filem

Hrithrik Roshan Cipta Sejarah!

Siapa tidak mengenali aktor tampan Bollywood, Hrithik Roshan!

Semua orang tentu kenal dia kan,  tetapi korang tahu tak duda berusia 44 tahun  ini mencipta nama melalui filem arahan bapanya sendiri, Rakesh Roshan, “Kaho Naa… Pyaar Hai’ pada tahun 2000.

Dan lebih menariknya filem lokanannya disamping aktress Ameesha Patel ini  disenaraikan dalam ‘Guinness World Records 2002’  kerana memenangi 92 anugerah daripada beberapa acara  festival dan kategori.

Malah Hrithik sendiri memenangi dua trofi sekali gus sebagai Aktor Terbaik serta Debut Lelaki Terbaik pada Anugerah Filemfare 2001 kerana lakonan mantapnya dalam filem bergenre romantik thriller berkenaan. Ia satu sejarah yang dicipta untuk dirinya sendiri!

Selama 32 tahun mengabadikan diri dalam industri perfileman, Hritik Roshan antara barisan pelakon Bollywood  seperti Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra dan Kajol yang mendapat pengiktirahan patung mereka dipamerkan dalam muzium lilin Madame Tussauds, London.

Hritik Roshan berkahwin dengan Sussanne Khan pada 20 Disember 2000 tetapi perkahwinan yang dibina selama 14 tahun menemui titik nokhtahnya apabila mereka sah bercerai pada November 2014.

Pasangan ini  berkongsi dua orang anak teruna,  Hrehaan, 11, dan Hridhaan 9 tahun.

SGMS Fas