Categories: Filem

[TERKINI] Jekfer Kampung People Kembali Lagi Dalam Drama Terbaharu Di TV3

Pastinya peminat abang Jekfer dalam Kampung People boleh melepaskan sedikit kerinduan mereka apabila menonton drama terbaru lakonan beliau berjudul Seindah 7 Warna Pelangi yang memulakan siarannya pada 24 Februari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.

Nampaknya ramai peminat setia abang Jekfer dan Aeril Zafrel menantikan drama lakonan mereka. Al-maklumlah, mereka antara pelakon yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang ini.

Netizen rindu abang Jekfer!

Puji lakonan Nabila Razali

Bukan itu sahaja, selain Hun Haqeem dan Aeril Zafrel, ramai juga netizen yang memuji lakonan Nabila Razali yang kononnya tidak kayu dan lebih bersahaja.
So, jangan lupa temu janji anda pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam. Atau boleh saksikan drama Seindah 7 Warna Pelangi di Youtube TV3 Malaysia atau LIVE TV di www.xtra.com.my
Salma Syahbuddin