Categories: Filem

LIMA SEBAB KORANG WAJIB LAYAN DRAMA TERBARU AERIL ZAFREL DAN SAHARUL RIDZWAN!

Gandingan hero drama Malaya iaitu Saharul Ridzwan dan Aefril Zafrel sentiasa membuatkan para peminat drama “melekat” di kaca TV. Kalau sebelum ini, Aeril dikenali dengan drama Patahnya Sebelah Sayap  manakala Saharul popular dengan drama Kau Aku Kita bersama aktres, Janna Nick.

Kali ini kedua-dua aktor ini bakal digandingkan dalam drama terbaru yang akan disiarkan di siri tonton First iaitu Zahir Tak Terucap. Apa istimewanya drama ni? Ini sebab kenapa korang patut layan drama ni!

1. Gandingan dua hero pujaan Malaya iaitu Saharul Ridzwan dan Aeril Zafrel buat pertama kali.

Korang peminat setia Aeril Zafrel dan Saharul Ridzwan? Inilah saat yang dinanti-nantikan kerana hero drama melayu pujaan hati korang akan bergandingan buat pertama kali di kaca TV. Macam mana agaknya “chemistry”dua hero pujaan ramai ni. Mungkin ada “bromance”. Mungkin ada “brofights”. Segalanya terungkai dalam Zahir Tak Terucap.

Sumber:admya blogspot

2. Raysha Rizrose heroin yang semakin meningkat naik

Raysha Rizrose memegang watak sebagai Aisyah, heroin utama drama ini. Biarpun masih baru bertapak dalam industri lakonan nama nama Raysha Rizrose semakin dikenali. Pelakon muda yang juga merupakan adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose ini dilihat kian aktif di kaca tv.

 

3. Chacha Maembong bawa watak antagonis

Kalau sebelum ni korang selalu tengok Chacha Maembong membawakan watak remaja periang atau gadis comel ala ala “Mean Girls”. Kali ni korang dapat tengok kelainan dalam watak Chacha Maembong yang lebih serius dan pastinya lebih mencabar. Chacha memegang watak sebagai Aireen yang cemburu dengan kebahagiaan Aishah.

 

4. Adik beradik merebut cinta sang heroin

Drama ini mengisahkan kehidupan dua adik- beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang bersaing merebut cinta Aisyah (Raysha Rizrose), namun kehadiran Aireen (Chacha Maembong) cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan. Apakah kesudahan drama ini? Sama-sama kita saksikan drama ni di tonton First.

 

Sumber:admya blogspot

5. 7 bulan lebih awal dari tayangan TV

Buat pengetahuan korang, drama ni akan ditayangkan di slot Zehra TV3 tapi korang tak perlu tunggu lama-lama untuk layan drama ni dkt TV sebab korang boleh tonton drama ni secara eksklusif ‘live streaming’ di portal tonton. Hanya di tonton First. Drama ni akan mula ditayangkan di portal tonton pada 20 Disember 2017. Tunggu apa lagi? Cepat langgani tonton dan jadi tonton VIP baru lah korang syok layan drama ni sehingga episod akhir!

 

Sumber:EDtv blog

Ad Ops