Categories: Filem

Mampukah Ejen Ali The Movie Raih Kutipan RM20 Juta?

Sesuai dengan tayangan filem Ejen Ali The Movie pada musim cuti sekolah ini, pihak Primeworks Studio bersama-sama Wau Animation kini sedang rancak mengadakan pelbagai aktiviti khas buat peminat tegar siri animasi ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, beliau berpuas hati dengan mutu grafik dalam filem Ejen Ali The Movie yang menemui peminatnya di seluruh pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura hari ini. 

Membabitkan kos sebanyak 6.5 juta, Izham menganggap Ejen Ali The Movie mempunyai kekuatannya tersendiri biarpun berdepan saingan daripada filem animasi antarabangsa. Dan, beliau percaya sasaran pungutan sebanyak RM20juta untuk filem animasi terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation ini mampu dicapai.

▲ Sumber:@TV3 Malaysia

” Saya berbangga dengan hasil kerja individu di belakang tabir filem ini kerana berjaya menghasilkan grafik bermutu tinggi. Biarpun bakal bersaing dengan filem animasi luar, saya yakin Ejen Ali The Movie punya kekuatannya tersendiri” Katanya.

Filem Ejen Ali The Movie yang berdurasi 97 minit ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang bernama Ali. Dia dipilih menjadi penyiasat sebuah agensi perisikan, Meta Advance Tactical Agency (M.A.T.A). Sehinggalah beliau berdepan dengan konflik melibatkan IRIS miliknya.

Dapatkah Ali menyelesaikan konflik tersebut? Jangan lupa saksikan Ejen Ali The Movie hari ini di pawagam berdekatan korang okay!

Apalagi, bertindak segera!

 

Salma Syahbuddin