Filem By: Atiqah Johari January 10, 2024 @ 6:29pm

Angkat Peranan Wanita & Pahlawan Yang Tak Didendang, Filem ‘Pendekar Awang Darah Indera Gajah’ Mula Tayangan 11 Januari

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah merupakan sekual kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang bakal dihasilkan pada masa hadapan kelak.

Filem ini menampilkan barisan pelakon yang terkenal dan juga meningkat naik bagi memantapkan lagi kandungan cerita buat menghiburkan para penonton seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Wan Hanafi Su, Nam Ron dan ramai lagi.

Untuk makluman, filem ini berkonsepkan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga sekaligus mampu meningkatkan rasa cinta kepada tanah air, menghargai pergorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkaktkan semangat positif dalam kalangan generasi muda.

Lebih menarik, filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah juga mengangkat peranan kaum wanita dalam perjuangan mempertahankan tahah air.

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah mengisahkan tentang perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya di mana peristiwa yang berlaku selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh, Pahang.

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai
Kapten Syers kali ini?

Jadi, para penonton boleh mula menonton filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah bermula 11 Januari di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Filem Mon, 14 Jan 2019
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Trending Thu, 16 May 2019

为何手术服是蓝绿色?穿错恐致命

每当提起医护人员,通常大家脑海里浮现都是「白大褂」模样,但你可曾想过,为何手术室里的医生,通常都是穿着「蓝绿色」而非常见的白色或其他颜色?