Categories: Filem

#tontonKOPI : Redza Minhat Sebenarnya Playboy?

Playboy?

Agaknya apakah definisi sebenar playboy bagi anda? Adakah playboy itu dikategorikan buat lelaki yang belum berkahwin sahaja, atau golongan lelaki yang sudah berumahtangga juga boleh diklasifikasikan sebagai playboy? 

Bagi model, penulis skrip dan pelakon yang popular menerusi filem KIL terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini, Redza Minhat menjelaskan bahawa seorang lelaki playboy tidak akan menjadi playboy untuk selama-lamanya, kerana beliau percaya seorang lelaki playboy boleh bertukar menjadi seorang lelaki yang sangat setia. Betul ke?

” A guy who cannot commit, one day he will commit. Kebanyakkan playboy bila dah kawin dia jadi setia. Problem lelaki Melayu ni sebab dia tak suka jadi playboy masa muda, so lepas kawin baru dia jadi playboy. That’s the problem. Playboy is just a guy who can’t commit.” So, lepas you kawin pun you can’t commit, still a playboy.” Jelasnya

Redza Minhat semasa sesi pengambaran Bersaksi Kopi

Betul ke Redza Minhat Playboy?

Ketika ditemui dilokasi penggambaran drama pendek, Bersaksi Kopi, Redza Minhat mengakui memegang watak sebagai seorang playboy yang suka menghabiskan masa di kedai kopi sambil ditemani seorang wanita yang setia mendengar cerita dan pengalaman tentang kejayaannya bertukar-tukar wanita. 

Namun, wataknya sebagai seorang playboy ini sedikit sebanyak menarik minat beliau bukan sahaja melalui garapan skrip yang dihasilkan tetapi, ianya juga dapat mencabar diri beliau sendiri untuk memegang watak yang belum pernah dilakonkannya sepanjang bergelar anak seni.

” Actually, i saw the cerpen and i did some work on it, so skrip tu i tulis balik then, i rasa ada something yang boleh explore. And, it’s not like the character yang i pernah buat. Sebab dia macam playboy sikit kan? i’ve never done that, so.. okaylah.” Katanya

Wah! Menarikkan? Agaknya ramai tak peminat Redza Minhat yang tak sabar melihat watak playboy beliau? 

Apapun, jangan lepaskan peluang menyaksikan original series tonton, Bersaksi Kopi mulai September ini menerusi www.tonton.com.my!

Salma Syahbuddin