Categories: TECHTech News

Akaun-Akaun Terkenal Twitter Hilang Ramai Pengikut Di Laman Sosial Tersebut

Sebelum ini, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menutup lebih daripada 70 juta akaun palsu bagi menjaga keselamatan dan mengekalkan keselesaan pengguna mereka. Mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga RM 12.45 billion akibat daripada tindakan itu.

Malah bukan itu sahaja, mereka kini menerima beberapa cemuhan daripada pengguna terutamanya pemilik akaun yang mempunyai pengikut yang ramai. Mereka ternyata bengang dan tidak berpuas hati kerana kehilangan ramai pengikut-pengikut mereka di laman berkenaan.

Antara individu popular yang mengalami masalah itu termasuklah selebriti terkenal Harry Styles, Donald Trump dan Stephen Fry. Harry Styles hilang 877,000 daripada pengikutnya, Donald Trump(340,000) dan pengikut Stephen Fry pula berkurangan sebanyak lebih kurang 400,000 orang.

Stephen Fry

@stephenfry

What the heckfire? 400,000 followers expunged! At a stroke? Nearly half a million of my devoted adherents were BOTS? It explains so much. At least I can now relax in the knowledge that we scattered lonely survivors are the finest and fairest. We’ve lost the maniacs and trolls.

Fry yang merupakan antara selebriti terawal yang mempunyai akaun Twitter telah memuatnaik satu kiriman bagi menyatakan betapa terkejutnya beliau apabila mendapat tahu bahawa hampir setengah juta daripada pengikutnya selama ini adalah akaun bots.

Akaun rasmi Twitter sendiri, @Twitter turut mengalami penurunan mendadak apabila pengikutnya berkurang dari 63 juta orang pada Rabu kepada 55 juta orang hari ini.

Sumber 

SGMS Putri