Categories: Filem

STAR WARS: THE LAST JEDI TEMUI PEMINAT

 

Kepada semua peminat tegar siri pengembaraan angkasa Star Wars : The Last Jedi, pihak TGV Cinema dengan kerjasama Sunway Velocity Mall telah mengadakan suatu acara ekslusif bersempena tayangan ini yang akan menemui rata-rata peminatnya di Malaysia pada 14 Disember 2017.

Peminat dan tetamu yang hadir pada sesi tayangan perdana filem ini berpeluang menikmati dan merasai sendiri kehebatan “Lightspeed Lounge” dan pameran “Canto Bight” yang telah diinspirasikan dari beberapa scene dalam filem Star Wars : The Last Jedi.

Majlis pelancaran ini juga turut disajikan dengan persembahan string kuartet, rutin perlawanan Lightsaber, permainan Playstation VR, booth foto freeze-cam dan banyak lagi.

Walaupun siri ini telah diperkenalkan kepada umum seawal tahun 1977, namun kehebatan dan pengaruhnya terhadap rata-rata die hard fan nya di Malaysia masih kuat sehingga ada yang datang lengkap berpakaian seperti Kylo Ren, Rey, Finn, Storm Troopers dan ramai lagi. Sesuailah dengan tagline nya may the force be with you!

 

 

 

Salma Syahbuddin